Syiling dulu dan sekarang.. - BEN ASHAARI

Syiling dulu dan sekarang..

 

Di Lrt Cheras.. Aku sememangnya pengguna tegar pengangkutan awam satu tika dulu. Sekarang ni , nak naik bas pun rasa macam ‘tak kena ‘ jer.. Aku rela naik teksi lagi.. Kenapa ? Aku dah ‘segan’ naik bas. Segan aku tu bermaksud , aku dah tak reti macam mana nak naik bas. Rindu tu , memang ada tapi kang jadi macam orang baru keluar dari gua ! Haaa… Tak tau hala tuju bas , berapa tambang.. berhenti mana.. ! Haa , tu maksud aku..

Dan pastinya ketika gunakan perkhidmatan awam ni , syiling memang amat penting ! Dan syiling ibarat kawan baik la masa tu.. Pegang tanpa lihat je  dah boleh tau ‘nilai’ duit syiling tu..

image

Tapi tu dulu laaa.. Sekarang ni , aku kena belek satu satu.. Aku rela lagi bagi duit kertas dari bagi duit syiling bila aku membeli barang di pasaraya atau shopping mall. Aku terkial kial punya !

Kalau diperhatikan , size dah lebih kurang.. berat ? Hurmm… Dah macam token mainan dah ! Bila jatuh ke lantai.. bunyi ‘kosong’ berbanding duit sebelum sebelum ni.. Jatuh je satu taman perumahan leh dengar ! Hahahaha.. Tu belum lagi bunyi tabung.. Hurmm..

Dulu , masa gi beraya.. duit syiling memang best kalau dapat terutama duit 50 sen. Sekarang , bagi syiling.. confirm kena jeling ..  Budak budak pun  dah tau syiling ni , macam takde ‘nilai’ walhal masih banyak kegunaannya..

Entah la.. Aku pon tak paham kenapa sibuk sangat gi tukar rupa duit syiling ni.. Nilai matawang jatuh ? Hurmm..

1 ulasan:

  1. sy pun tak faham kenapa nak tukar2 rupa syiling tu. rupa lama pun cantik je.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.