Nak makan ke tidak ? - BEN ASHAARI

Nak makan ke tidak ?

 

" Abang.. nak aiskrim.. "

Aku pon gi la beli kat penjual aiskrim bermotor tu..

"Terima kasih , bang.. " Penjual berbangsa India ni memang peramah dan tak kedekut ! Kon kembar diletaknya 3 scoop aiskrim berharga RM1 . Teringat kelmarin di satu kedai  ni jual satu scoop aiskrim , RM1. Hurm..

Disebabkan dia tak kedekut , aku amik aiskrim mahal skit untuk aku. Hehehehee..

Dalam kereta , Qhaliff makan dengan beria. Abis comot mulut dia. Kemudian , dia hulurkan aiskrim dia kat aku. Dia mintak tisu. Aku pon bagi la.

" Nak aiskrim ni lagi tak ?"

"Tak nak.." Dia jawab dan aku mula habiskan aiskrim dia. Tiba tiba dia pandang aku.

" Haaa.. abis ??? "  Dan dia mula meraung. Ah , sudaahhhhhh.. Beria menangis. 

Tak pasal pasal aku kena cari mamat aiskrim tu dan beli lagi.. 

 

Dan dia , kembali ceria.. Haihhhh..anak , anakk..

2 ulasan:

  1. hehehe budak cam tu lah...xnak, bila kita abeskan nak pulak. Aduyaaiiiiii

    BalasPadam
  2. dah biasa dah mcm tu.....hehehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.