Cereka Ahad : Kerana Dia Juga Cikgu

by - Ahad, Mei 17, 2015

 

Sempena sambutan Hari Guru pada hari sabtu 16 Mei, TV3 menyiarkan sebuah telefilem yang penuh berpengajaran dan bertemakan guru berjudul, ‘Kerana Dia Juga Cikgu’ lakonan mantap Syafiq Kyle, Azhan Rani, Rita Rudaini dan adik Zikrie.

Telefilem Kerana Dia Juga Cikgu ini mengisahkan Hakim (adik Zikrie) seorang pelajar darjah enam yang nakal dan malas belajar. Masa lapangnya diisi dengan permainan video dan keluar bersama kawan-kawannya kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Oleh itu, Hakim sentiasa mendapat keputusan tercorot dalam darjahnya. Ini membuatkan ayahnya, En. Hanif (Azhan Rani) berang dan malu terhadap rakan-rakannya di pejabat kerana anak mereka sering meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam keadaan terpaksa, En. Hanif mengambil Adam (Syafiq Kyle) sebagai guru tuisyen kepada Hakim. Dalam keadaan terpaksa dan benci juga, Hakim berusaha untuk menyingkirkan Adam dari kehidupannya.

Isteri kepada Hanif, Pn. Azizah (Rita Rudaini), berasa serba salah dengan tindak tanduk suaminya, namun tetap akur demi masa depan anaknya. Hakim pula sering membuli guru tuisyennya, Adam dengan harapan Adam akan berhenti daripada menjadi guru tuisyennya.

TUITION - 4Hakim - 1END - 1

Ok.. Tu aku copy paste dari press release yang aku dapat. Biasanya kalau telefilem atau drama jam 10 di TV3 ni memang best best la.. Sebab tu aku update kalau dapat press releasenya. Kalau drama jam 7 tu , aku malas dah la nak update.. Rasa berdosa lak galakkan korang tonton drama waktu gitu.. Huhuh..

Apa pon.. selamat menonton dan Selamat Hari Guru buat semua rakan rakan..

You May Also Like

1 comments

  1. aduiiihhh... BA duk syok baca sinopsis dh habis... apa kesah kesudahannya... sy xleh nk nengok keje....

    BalasPadam