Pada awalnya aku tonton video dia.. Setiap kata-katanya adalah luahan rasa dari dirinya sendiri dan juga anak anak muda di zaman ini ! Zaman ini zaman yang amat mencabar ! Ada ijazah saja tak mencukupi ! Perlu ada lebih dari itu. Tapi ?? Apa masalahnya ?
Aku baca kawan tu punya komen terhadap Zahra ni , macam ada bau bau riak sedikit. Aku rasa dia mungkin tergolong orang yang berjaya tapi apakah itu menunjukkan dia akan berjaya hingga ke hujung nyawanya ? Bagaimana pula dengan nasib anak cucunya ???
Aku kenal orang yang berjaya kemudian jatuh tersungkur ! Dan berusaha kembali untuk naik ! Bukan mudah tapi perlukan sokongan moral terutama dari masyarakat dan juga kawan kawan . Dan kawan kawan masa ni , ramai blah dah ! Berapa orang je tinggal untuk membantu.. Hurm..
Aku tak kisahlah kebenaran fakta yang dia berikan tapi apa yang dia nak sampaikan ialah anak anak muda zaman ni perlukan bantuan ! Bukan sekadar bantuan untuk terus hidup bersaing di negara yang semakin mencabar taraf kehidupannya tetapi juga dari segi moral ! Sapa nak bantu ??
Anak muda zaman ni bijak bijak. Walaupun ada yang tak belajar tinggi tapi tak semestinya mereka ni tak bijak , kan ? Sayangnya kebijaksaan mereka ni tak digunakan sebaiknya. Tu pasal ada yang salah guna setelah mereka kecewa dengan apa yang mereka rasai.
Untuk berjaya bukanlah mudah dan bukan semua orang punya nasib seperti kita. Semalam , sewaktu aku keluar dari masjid selepas solat Jumaat , aku lihat ramai pengemis di kiri kanan jalan. Dan aku lihat ramai orang mengeluarkan duit dari kocek masing masing dan memberikan sedekah tanpa melihat sapakah yang meminta itu. Apakah mereka itu benar benar pengemis ? Atau sindiket ? Atau mereka itu sebenarnya kaya ? Mereka tak kisah pon.. Mereka cuma jalankan tanggungjawab mereka iaitu membantu pada yang perlu ! Bukannya gi herdik atau sound tepat kat muka diorang..
“ Woiii.. kau tu sempurna. Tangan ada.. kaki ada .. Gi la cari kerja ! “.
Ambik contoh aku sendiri la.. Walaupun aku dikategorikan blogger yang dah mampu menjana pendapatan melalui blog , tapi aku menubuhkan komuniti yang boleh membantu blogger lain untuk turut berjaya seperti aku. Bukannya aku nak kata kat diorang..
“ Korang perlu berusaha sendiri untuk berjaya , macam aku dulu dulu ! “ .
Eh.. jangan gitu.. Tak semua orang bernasib baik. Mana yang boleh kita bantu , kita bantu laaa.. Niat tu kena ada .. kena betul ! Kalau dok asyik cari salah orang dan bandingkan dengan kejayaan yang kita kecapi.. hurmm… letih la gitu..
Satu lagi kawan .. hari ni hari dia ! Kita tak tau lagi hari kita camana.. Aku dah rasa tersungkur , kawan.. Dulu pun pernah di atas. Cukuplah sekali tersungkur.. Perit !
Tamo sombong sombong , kawan .. Ini bumi Allah. DIA saja layak sombong. Kita sekadar hambaNYA. Dan perlu saling membantu..