Restoran Rumah Thai tetap terbaik !

by - Sabtu, Julai 11, 2015

 

Setelah dengar rakan rakan memberikan komen mengenai Restoran Rumah Thai yang mereka kunjungi baru baru ini , aku nekad bawa keluarga aku ke sana pula.

Restoran Rumah Thai yang baru berpindah ke lokasi baru ini telah mempunyai ruang makan yang lebih luas berbanding sebelum ini. Terletak di Gaya @ Melawati , Pusat Bandar Melawati ini , Restoran Rumah Thai rasanya lebih mudah untuk dicari dan tempat letak kereta pon lebih banyak.

Menurut pemilik Restoran Rumah Thai , Puan Nas , sejak berpindah ke lokasi baru ini ,beliau mendapat banyak panggilan telefon dari pelanggan lamanya yang bertanyakan lokasi terbaru mereka. Ini menunjukkan Restoran Rumah Thai ini ternyata ada keunikannya sendiri.

image

Dan malam tadi , aku mencubanya..

imageimageimageimageimageimageSecara jujurnya , sewaktu kami sekeluarga sampai .. makanan yang dihidangkan dah jadi sejuk. Namun begitu , kesedapannya masih terasa di tekak aku. Kalau panas , pastinya aku makan bertambah lagi ! Sayangnya.. Aku mesti kembali lagi..

Ada banyak pilihan sebenarnya di sini. Dan harganya adalah dalam kemampuan kita.

image image

imageimage

Nampaknya , aku kena kembali ke sini ! Banyak lagi aku tak sempat rasa .. Dan aku nak kembali selepas Ramadhan. Sebabnya , nak rasa masakan tengahari di sini ! Pasti banyak pilihan yang membuka selera !

Tapi nasihat Puan Nas , jangan serbu terus ! Sila buat tempahan terlebih dahulu. Risau takde tempat nanti.. Haaa !

Call / SMS / WA : Ema 0182782460 / Saiful 0166489155 / DL 0341628207.  Tempah meja anda TERLEBIH DAHULU !

Restoran Rumah Thai | http://www.restoranrumahthai.com/

You May Also Like

0 comments