Suratan atau kebetulan ?
Sebagai seorang yang ‘kais pagi makan petang , kais petang .. lom tentu dapat makan malam ‘ , pastinya aku jenis manusia yang wajib bekerja keras untuk mencari rezeki yang berkat dan halal setiap hari ! Aku takde gaji bulan dan pendapatan tetap !
Sebelum masuk 1 Syawal ari tu lagi aku memikirkan perancangan untuk bulan bulan mendatang. Risau kalau takde lagi jemputan untuk aku. Bila takde lagi jemputan , maka tiada lagi income untuk aku.. huk huk..
Alhamdulillah… aku masih ‘laku’ rupanya ! Huhuhuh.. Minggu lepas aku terima beberapa jemputan untuk menghadiri event event besar. Cuma tak menariknya , event tu jatuh pada hari yang sama tetapi berlainan masa ! Camana aku nak pergi dengan masa kehadiran berbeza cuma sejam dua ? Adehhh.. Pening kepala !
Semalam , selepas aku tenangkan diri.. aku perhatikan semula email dan jemputan yang aku terima melalui whatsapp .
Jemputan pertama..
Jemputan kedua ..
Fuhhhh… Tu dia.. Jemputan Air Asia bermula 10 pagi manakala jemputan SONY , jam 12 tengahari ! Sempat la kan ?
Baru nak tarik nafas lega.. aku dapat whatsapp ! Ada satu jemputan berbayar di Bangsar pulak ! Cukup untuk cover makan 2 minggu punya jemputan.. Huhuhhu… Rezeki rezeki.. Yang tu pulak dalam kul 2 petang ! Adehhh.. Memang kena pecut la kan ? Tapi sila berhati hati di jalan raya yer..
Baru nak tersenyum.. tiba-tiba aku terima satu whatsapp..
“ Abang Ben , kita punya meeting esok jadi yer ? “.
Haaaaa.. ada meeting ke ??? Alamakkkkkkkkk ! Camana aku terlupa pulak ni ??? Adoiiiiii…
“ Errr.. errrr.. “
7 comments
sudah....nak buat apa? meeting dulu lah...
BalasPadamAlhamdulillah...org cakap rezeki yg datang jangan di tolak, tapi...pandai2 lah..jangan sampai kita yg susah..
Murah sungguh rezeki abg ben..Alhamdulillah..teringin gak nak jafi mcm abg ben...tapi slow-slow sikit...mana tahu...bertemu kita di suatu event nanti..AMin...
BalasPadamSusah itu ujian..senang juga ujian..rezeki juga dugaan..tapi kalau kita usahakan..andai kita uruskan..in sya Allah manis jadinya..abang ben boleh tu yang Allah beri pada abang ben...
BalasPadammurah rezeki. tapi tak berjodoh la tu . kan kan. insyaallah ada rezeki lain pulak datang
BalasPadamKehkeh. Busy kalah kak Mah ni. Hahaha. Apa pun alhamdulillah. Rezeki mencurah2 mcm air jatuh kat daun keladi. Amboinya peribahasa.
BalasPadamKehkeh. Busy kalah kak Mah ni. Hahaha. Apa pun alhamdulillah. Rezeki mencurah2 mcm air jatuh kat daun keladi. Amboinya peribahasa.
BalasPadammoga terus murah rezeki aben..
BalasPadam