Operasi untuk Qhaliff dan Zahra !
Dua dua ni memang dah makin payah nak tidur awal di malam hari ! Ini gara-gara diorang akan tertidur pada jam 8 malam dan terjaga dengan sendirinya pada jam 11 malam ! Nak kejut ? Tak sampai hati kooo.. Anak dah ngantuk sangat tu.. takkan nak paksa bangun kan ? Dah la petang tak tido… Hurmm..
Memandangkan esok hari Ahad , maka aku ngan wife plan nak dapatkan rehat yang berkualiti tapi camana caranya ?? Hurmm.. Rasanya nak tak nak , kena bawak diorang ke rumah mak aku.. Kat sana , diorang akan bermain dengan sepupu sepupu diorang..
Manakala aku dan mak dia g PNKS , Shah Alam untuk urusan rasmi Hari Raya.. hehehe.. Mula mula ke Hijrah Couture. Nak tengok baju melayu untuk sekeluarga.. Heee..
Sampai Hijrah Couture , aku telefon pemilik dan dia cakap dia di cawangannya nun di Padang Jawa. Menurut staffnya , di sana lagi banyak pilihan.. Maka aku batalkan niat nak dapatkan baju hari tu.. Hari ni g sana lak.. hehehe
Dari PKNS , Shah Alam.. aku ngan wife ke Seksyen 20 selepas solat Zohor. Ada program amal kat sana anjuran Lembaga Zakat Selangor. Aku nak gi cover jap program tu.. Wife ikut aku. Sekurangnya dia tahu camana blogger bekerja di bulan Ramadhan..
Pada awalnya , dia merancang nak tunggu aku di PKNS tu. Dia nak pusing pusing mall berhampiran tapi bila tengok orang mula memenuhi setiap inci tempat tu ,dia batalkan niat dia.. Huhuh.. Ikut aku !
Ok… program di sini nanti aku cerita dalam entri lain eh ? Hehehe.. Panjang gak cerita kat sini ..
Dalam pukul 430 petang , aku beransur dari sini dan terus ke Cheras… yakni rumah mak aku. Perancangan , lepas solat Asar.. gerak ke PICC , Putrajaya. Berbuka kat sana.. Heehe.. Satu keluarga aku.. Semua adik beradik aku turun.
Puashati berbuka kat sini..
Selesai program kat sini dalam pukul 10.30 malam.. Pastu ke Mahkamah Keadilan , Putrajaya. Saja nak cuci mata kat sana jap. Semua ikut gi sana..
Orang tua aku bersama cucu cucu kesayangan.. Bikin huru hara kat PICC…
Dan di kawasan Mahkamah Keadilan.. Dari sekadar nak berjalan jalan , terbang berpuluh ringgit. Aku cuma terbang beberapa ringgit je sebab berjaya menahan nafsu tapi Qhaliff gagal !
Dalam pukul 12 lebih , baru balik rumah. Dalam kereta , Qhaliff dan Zahra mula buat hal ! Hahahahah .. Yesss ! Inilah tujuan aku sebenarnya. Dapatlah aku buat kerja malam ni , awal sikit ! Banyak keje woo…
Tapi sampai je rumah.. belum sempat aku nak buat kerja , Zahra dah sambung buat kerja dia dulu..
Aduh , penantnya tengok.. Terus aku mandikan diorang dan pass kat wife untuk siapkan pakaian.. Seterusnya untuk tidurkan diorang selepas selesai solat..
Selepas aku bersiap di bilik atas.. aku turun bawah.. Sunyi.. YESS !! Diorang semua dah tidur.. Dengan mak diorang sekali ! Konon nak tidurkan dorang pastu nak bangun gosok pakaian kerja.. Kononnya laa.. Heh..
Aku masuk bilik dan on laptop… Tiba tiba aku nampak bilik tu gelap secara tiba tiba ! Dan bila aku bukak mata , wife berdiri depan aku..
“ Bang.. dah terlepas sahur.. camana ni ? “ .
Ler.. ngan aku aku terlena rupanya ! Huhhhh…
3 comments
sedapp sedapp choc fountain. hehehehe.
BalasPadamaman sikitkan kalau shopping raya tanpa anak².. penat sgt tu sampai terlepas sahur..
BalasPadambangben..Istana Kehakiman ler..bukan Mahkamah Keadilan..hehe adil lah sangat..
BalasPadam