Katakan tidak pada bukan susu ibu !

by - Rabu, Julai 01, 2015

 

“ Alamak.. stok dah nak abis ! Kuat pulak Zahra kebelakangan ni minum susu ibu.. “. Getus hati aku. Wife pulak memang kebelakangan ni kurang susu dah. Sejak bertukar jabatan dan naik pangkat , dia dah payah nak dapat curik masa untuk pam susu. Ditambah lagi dengan Qhaliff yang masih belum nak putus susu walaupun dah paksa berkali kali.

Aku hantar whatsapp pada wife untuk beritahu pada dia mengenai masalah yang aku hadapi. Wife mintak aku bagi Zahra susu kotak andai stok abis.

Terdetik hati aku untuk mencubanya… Apakah Zahra akan terima susu kotak ?? Aku pon test bagi..

image

Ok.. Gambar di atas ni.. Yang kat tangan aku tu susu segar dari GoodDay. Aku bagi kat Zahra. Pada awal aku tunjuk kat dia , dia punya bernafsu tengok.. perghhh.. Siap kejar aku dari dapur tuuu.. Sampai kat tilam , dia terus jatuhkan badan dan amik kedudukan untuk hisap botol susu !

Aku bagi.. Dia masukkan dalam mulut dia.. Dan buang botol tu ! Hahahahahha.. Aku bagi botol yang mengandungi susu ibu.. Dan , habis sebotol !

Adehhh… Susu ibu ni ada power woooo ! Teringat kata seorang ulamak .. bagi susu ibu pada anak ni sehingga dia berusia 2  tahun  ! Camana punya payah pon , kasi dia susu ibu. Cari ibu susuan. Jangan kasi dia susu tiruan atau susu binatang.. Wallahualam..

You May Also Like

9 comments

  1. hehehe.. terbayang aksi dak Zahra buang botol susu tu.. ;)
    Moga dak Zahra membesar dengan sihat hendakNYA.

    BalasPadam
  2. susu ibu lagi sedap kata zahraa

    BalasPadam
  3. satu keseronokan dpt susukan anak dgn susu ibu sepenuhnya..

    BalasPadam
  4. I love breastfeeding. Susu ibu memang terbaik. Sama dengan my Qhalif. Dah 3 tahun masih BF lagi. Tak tau mcm mana nak stop kan. Macam tak der tanda2 nak benti tu :-(

    BalasPadam
  5. Dhia pun belum putus susu ibu lagi. Si kecik ni pun sama. Bulan ppuasa ni merengek sket lah. Susu tak sedap kot. EBM lebih seminggu dorang xsuka. Untung aben Zahra nk isap botol. Anak saya xnak isap btol mcm ni. Nk botol straw

    BalasPadam
  6. itulah cabaran menyusukan anak dengan susu ibu. kekangan masa si ibu utk mengepam, faktor kurang air (bulan puasa) buat production susu jadi kurang, badan letih...etc

    Tapi seronoknya susukan anak dengan susu ibu, hanya mereka yang alaminya je yang tahu..

    btw, sy pernah TERsedut susu sendiri, mmg manis! hahahaha.. no wonder la ada budak2 hanya nak susu ibu je..lalalala~

    BalasPadam
  7. rindu moment susu ibu nih.. bangga dpt susukan ank sampai 2 thn 5 bulan ahaks B)

    BalasPadam
  8. irine masih menyusu lg..lg stress kalau kat rumah langsung xnak botol...nak ngempeng je.. nasib kat rumah bs dia nak botol.. tak nak ebm lama2..nak ebm yg fresh baru pump..adoii.., bertabahlaa..

    BalasPadam