Durian terbaik di Malaysia ?
Korang kaki durian ? Hehehe.. Aku dulu cukup gilakan durian hinggalah dikatakan durian tak sesuai untuk mereka punya penyakit tekanan darah tinggi ! Aku tak pasti kesahihan fakta tu pon tapi sedikit sebanyak , tergugat gak la nafsu aku selepas tu.. Hahahah..
Dimana durian yang sedap di Malaysia ni ? Dikatakan durian paling sedap di Malaysia ni ialah di Balik Pulau , Pulau Pinang ! Setiap kali musim durian , Balik Pulau akan dipenuhi dengan pelancong asing dan peminat peminat durian !
Perghhh.. serius ! Kali terakhir aku makan durian kat sini , seawal Qhaliff berusia setahun. Waktu tu aku balik ke kampung bapak aku di Balik Pulau dan makcik aku bawakan buah durian untuk kitaorang.. Bapak aku ada dusun peninggalan orang tuanya..
Aku makan sebijik. Dia punya rasa.. perghhh ! Sampai sekarang aku tak jumpa lawan dia ! Semacam ada gas gitu ! Makan sebijik je dah puas !
Dan malam ni aku tengok ramai kawan kawan di Facebook update status mengenai aktiviti mereka di Balik Pulau ! Aku jeles wehhhh .. Huwaaa.. Nak gakkk !!
Aku pernah tanya kenapa durian di Balik Pulau ni mahal sangat harganya? Antara jawapannya, durian di sini kebanyakkannya terus eksport ke Hong Kong dan negara luar . Fakta ? Takde .. Kedua , lokasi di mana pokok durian ni di tanam membuatkan buahnya begitu sedap.. Fakta , wallahualam..
Sebelum nak nafikan kenyataan aku ni , g la try dulu makan durian di Balik Pulau. Aku dah dan sememangnya aku nak balik kampung untuk makan durian je .. Boleh ? Hahahaha.. Adehh ..
2 comments
bila nak mai balik pulau ben ?
BalasPadamLyssa kat balik plauu nihhh
Balik Penang kerana durian yer... Hehe ^-^
BalasPadam