Bila gaji dibayar awal ..

by - Jumaat, Julai 10, 2015

 

Awal pagi tadi , aku check akaun bank aku. Saja nak topup internet memandangkan  Qhaliff sekarang gemar abiskan kuota internet bapak dia.. Huhuh..

Dan aku terkejut ! Gulp.. Banyak la pulak duit aku tiba-tiba ! Dah sapa pulak rajin nak tranfer duit dia kat aku ? Takkan IMDB punya tersesat kot ? Opsss.. sorii.. Ada gak kena tangkap nanti.. Takde kaitan yer..

Bila tengok duit banyak cam tu , aku mula mencapah tak tentu arah ! Dalam kepala aku terdapat beberapa menda nak beli.. Antaranya les kamera dan seluar jeans Levi’s !

Tapi sebelum tu aku kena cari sapa yang bagi aku duit tu.. Takkan nak main rembat shopping je kan ? Kena duit orang ? Mau kena ganti balik aku.. Iskh…

Cari punya cari ,, jumpa ! Tahu dah sapa yang bagi aku ‘gaji’ awal ! Huhuh.. Risau wehhhh.. risau pakai terlebih pastu nak cover untuk bulan depan , tak tercover lak ! Hurmmm…

Apa yang boleh aku buat ialah.. aku bayar terus hutang hutang aku terlebih dahulu.. Pastu bagi kat wife suruh simpan dalam bank dia.. Dengan cara tu , aku punya mencapah berkurangan dan nafsu nak membeli dah terbatal dengan sendirinya ! Hhehehe..

Jangan cari pasal ok !

You May Also Like

4 comments

  1. meh transfer separuh kat saya.. hihihi

    BalasPadam
  2. Ok..tak cari pasal..bahaya woooo..over budget..lows income..hehe..

    BalasPadam
  3. hehe..jangan berpinar mata. segalanya sama sahaja.

    BalasPadam
  4. bila dah gaji, niat membeli tu mencurah2..ahaha.

    BalasPadam