Punca penyakit kencing tikus dan petua kencing tikus !
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah.
Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.
Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.
Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih (“whitewater”) ] adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti.
Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut. – Wikipedia
Petua dari rakan di Facebook .. Aku tak pasti ianya mujarab atau tidak.Sekadar berkongsi info !
Wah.. alhamdulillah ! Kalau boleh elak , elakkan la yer .. Dan jangan jadi manusia yang kuat kencing juga yer.. hehehe …
12 comments
Nauzubillah..moga kita semua terhindarlah..batul jangan jadi manusia yang suka jadi kaki kencing..kencing lawas bagus,,cuci buah pinggang..hikhikhik..
BalasPadamsalam, semoga penawar ini berkesan pd sape yg terkena virus ini. amin!
BalasPadamSetiap penyakit, pasti ada penawarnya. Allahualam! :)
Kawan Qayyum meninggal pada 29hb Mei 2015 akibat kencing tikus ... Al Fatihah untuk Arwah Hazim
BalasPadamsalam abg ben..
BalasPadampinjam post nak share boleyy kan.. :)
http://cikbutter.blogspot.com/
http://prudentialtakaful4all.blogspot.com/
betul tu a.ben..cegah lebih baik dari merawat!
BalasPadamini haiwan memang berbahaya...geli pulak tengok..kena jaga kebersihan sentiasa..jadi mcm MY bela kucing kat rumah, gerenti tikus tak de..hiiii
BalasPadamgood info. memang risau kebelakangan ni banyak sgt dgr pasal kes kencing tikus, tak pernah tau serai boleh guna buat penawar sakit ni
BalasPadamNauzubillah...skrg nak bawa anak g mandi air terjun pun fikir byk kali....
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamhi singgah sini
sory hr nie bz x sempat nak BW
wahh . tajuk belog Punca penyakit kencing tikur dan petua kencing tikus !
BalasPadamTIKUR yeee .. bukan TIKUS .. hahahah .. ben ben ...
bahaya penyakit ni..
BalasPadamjadi jagalah kebersihan
Bahaya tul ni... tapi ada terbaca tips yg andai suspect ni.. boleh rebus serai dan minum.. rasanya kali tak salah saya.. nanti saya google lagi.. moga membantu juga kan... insyaallah...
BalasPadam