Inikah tanah air yang kita warisi kepada anak cucu kita ?

by - Jumaat, Julai 03, 2015

 

Aku pandang dua orang anak aku.. Dalam hati aku berkata ..

“ Maafkan daddy.. daddy tak mampu berjuang untuk kamu ! Daddy sekadar mampu bergelar pejuang papan kekunci ! Ok la kan dari tak buat apa .. “

Dulu , bapak aku berbangga bila cerita kat aku.. Nasi lemak yang dia beli baru 20 sen mampu kenyang hingga ke petang.. Sekarang ? Zaman anak aku nanti ? Apa cerita aku leh sampaikan ? Kapal terbang hilang ? Kapal selam tak boleh menyelam ?

Aku pening kepala. Nasib baik aku dan wife dah merancang untuk masa depan mereka. Walaupun tak banyak , sekurangnya ada dari takde langsung. Aku tak sanggup melihat mereka berhutang demi untuk masa depan mereka.

Sekarang ni pon kita dah tertekan. Tapi dinafikan dek menteri yang bergerak ke sana sini tanpa keluar sesen pon. Segalanya percuma! Tunggu hingga mereka bergelar rakyat jelata.. hilang segala kuasa. Barulah tau langit tinggi rendah. Moga Allah terima doa rakyat rakyat teraniaya.

Hidup di negara sendiri ni dah macam masuk fun fair. Nak buat apa saja , kena bayar. Termasuk nak untuk keselamatan diri sendiri ! Nak mati pon kena bayar dah sekarang ni .. Apa yang percuma ? Tinggal udara atau oksigen je la percuma..

imageimage

Sayu tengok mereka. Mereka melemparkan senyuman manis tanpa ada rasa kerisauan lagi..

Buat mereka yang nun di atas tu.. LETAK LA JAWATAN .. Bagi orang yang layak pimpin negara ni.. Cukup cukuplah ..

You May Also Like

6 comments

  1. risau memikirkan masa depan anak cucu kita kan ben..apa la nak jadi ngan negara kita nie..huhuhu..

    BalasPadam
  2. Sedihkan..kalau kita dah terasa begitu berat dan terbeban..macam mana generasi akan datang..sudah tiada keseimbangan..yang kaya semakin mewah..yang sederhana semakin tertekan..bila sudah hilang kejujuran..hilang timbang rasa..banyak hitam yang sepatutnya putih.,Allah..kuasa buat insan lupa,alpa dan ternoda dengan mewahnya dunia atas derita insan biasa biasa..

    BalasPadam
  3. yup..betul tu..segala-galanya naikk..adehhhh

    BalasPadam
  4. kita tunggu pru nanti la..sekarang pun dah tergugat dah ni >_<

    BalasPadam
  5. zaman kita belajar pun kena berhutang, tak ada duit tak boleh masuk U zaman anak cucu cicit kita nanti tak tahu la jadi camne.

    BalasPadam
  6. sedih kan..
    selalu gak terpikir camni, apalah nasib masa depan anak² kita nanti..
    harap adalah perubahan sebelum kita menutup mata..

    BalasPadam