Tips elak bilik berhantu di hotel !

by - Jumaat, Julai 03, 2015

 

Terkedu awal pagi tadi. Pada mulanya aku nak google pasal sebuah resorts ni di Serendah. Menurut komen yang aku baca di instagram pasal resorts ni , berhantu. Bagi aku , berhantu tu biasa la.. mana mana ada kan ? Diorang ni jugak makhluk Allah.. Jin , syaitan , iblis ni.. kan kan ? Tapi yelah.. kita kan sering dimomokkan dengan hantu di dalam drama atau pun filem.. kan kan ?

Pastu aku terjumpa la sebuah blog ni… JomJalan.com yang bagi tips tips menarik untuk elakkan menginap di bilik berhantu hotel. Huhuh. Aku baca lak pada jam 1 pagi.. Berani kan diri dan akhirnya tertidur lalu bermimpi ngeri ! Hahahaha..

Ok.. Tips yang diberikan tu memang menarik. Aku pon tak tau sehinggalah aku membacanya.. Antara tips yang diberikan ialah :

  1. Elak Resort Terpencil
  2. Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah
  3. Jika Bilik Penuh, Cari Saja Hotel Lain
  4. Bilik Pelik? Minta Yang Lain
  5. Adab Bila Senja

Kemudian ada seorang Dato’ tu.. bagi tips menarik di ruangan komen.. Dato ni salah seorang pembaca blog tersebut..

Salam,

Beberapa tips berdasarkan pengalaman saya bilik stay di hotel,

1. jika ada bell boy / penghantar beg offer untuk hantar beg anda ke bilik anda , bantu mereka dengan memberi tips rm 5 or rm 10 , nanti kita boleh tanya mereka keadaan sebenar di hotel.

2. sebelum masuk bilik , on kan loceng atau ketuk bilik dulu. sentiasa on kan lampu jika anda tidur, lampu bilik air hendaklah sentiasa on sebab syaitan suka berada dibilik air , kerana disitu ada tandas.

3. diwaktu tidur ,elok letakkan apa apa dokumen yg ada ayat al quran contoh surah yasin atau ayat kursi, dicelah bantal anda, saya duwaktu remaja banyak kali dihimpit waktu tidur terutama di asrama sekolah dan universiti, dan bila saya guna kaedah ini saya dapat tidur dengan nyaman sehingga pagi.

4. jika anda telah check bilik , dan dapati bilik air ada rambut pada sinki atau tab , dan bilik air basah , eloklah tukar bilik saje.

5. jika memandu diwaktu maghrib menuju ke hotel , elok jika didal kereta onkan radio dengan bacaan ahyat quran, makhlus halus dan syaitan keluar waktu senja , berkemungkinan dia akan ikut tuan puan hingga ke bilik tidur hotel.

6. jika terasa ada sesuatu dalam bilik , jika berani bercakap kepada yg tidak nampak. contohnya saya pernah bermalam di sebuah hotel di bandar mersing , sewaktu nak solat saya terasa ada sesuatu ikut saya dar bilik air. baca ayat kursi , dia masih ada dalam bilik, kemudian saya beritahu jika dia ada disitu , tunjuk isyarat, kemudian saya dapati paip dibilik air terbuka dengan sendiri , dengan air keluar begitu laju. dan kemudian saya terus mohon tukar bilik dar pihak hotel.

sekian , wsalam "

 

Bagi aku tips tips begini penting sebab ada yang ‘terlupa dunia’ ketika menginap di hotel terutama mereka yang datang menginap tu dalam jumlah yang besar… Hurmm.. Kalau seorang diri tu , aku rasa dia memang dah tau apa nak kena buat..

Kalau aku , setiap kali masuk bilik hotel yang baru.. aku akan azan dan solat seterusnya pasang ayat ayat suci Al-Quran atau zikir dari telefon pintar terutama bila nak tidur malam.. Alhamdulillah , setakat ni takde pernah berlaku apa apa..

Semoga tips ni berguna untuk korang.. hehehe..

You May Also Like

9 comments

  1. tips no 6 tu tak berapa nak berani sangat..huhu kus semangat kalau tetiba dia buka paip air gitu >_<

    BalasPadam
  2. Saya pun pernah terjebak baca post dan cerita-cerita hitel berhantu ni kat blog dan forum. Best pulak. Point bilik penuh tu memang betul, jangan desak kerani kat kaunter tu bagi kita bilik jugak..sebab mungkin dia bagi kita bilik X. Kaalau ada anak kecik, kena lebih hati-hati.

    BalasPadam
  3. seram pula baca. tuela, saya kalau pergi hotel rsa cam takut nak pandang ccermin bilik hotel yang besar gedabak tu. takut nampak entiti lain.hehe

    BalasPadam
  4. Tips nombor 6 tak berani buat lagi la sepanjang tido di hotel luar...yang pasti...rasa semacam akan terasa bila melangkah masuk bilik yang pelik2 ni...

    BalasPadam
  5. tq ben kongsi tips..
    tp saya kalau hotel terpencil dan nampak scary mmg saya tak akan booking..

    BalasPadam
  6. Huh seram memula baca...good tips ben, mmg gitulah yg kami praktik bila menginap di hotel, setakat ni alhamdulilah belum lg tragedi pelik2...harap2 lah yg akan datang xd gitu

    BalasPadam
  7. sy dah penah kena.. kat port dickson.. huhu..

    BalasPadam
  8. seram aihhh baca..alhamdulillah..setakat ni belum pernah alami..

    BalasPadam