Tenangkan diri bila takde rezeki..

by - Selasa, Julai 21, 2015

 

Teringat satu tika dulu , aku dipangkah hidup hidup dengan mereka yang tak suka kan aku tanpa sebab ! Kenal pon tidak , tapi dah tak suka aku.. Erk ! Tak pe la.. hak masing masing. Ketika tu bos aku ada tawarkan aku ikut gi trip ke luar negara sambil bekerja. Gilaaa kau !! Sapa tak nak , kan ? Tapi sayangnya…. hurm.. Takde rezeki aku..

Alhamdulillah , sejak bergelar blogger ni.. dari kecil hingga besar tawaran aku dah terima ! Syukur pada Allah , aku dah buktikan pada keluarga aku yang aku dah pon berjaya capai cita cita aku !

Terbaru.. aku dapat tawaran ke Korea Selatan. Tawaran datangnya dari sebuah syarikat gergasi dunia , SAMSUNG ! Gilaaa kauuuu !! Aku ni blogger ciput jer pon. Bila dapat tawaran gitu… mau terpengsan gitu. Tapi aku berusaha tenangkan diri. Berlagak cool gitu..

image

Sebenarnya time ni aku dah pengsan pon.. 3 saat ! Pastu pengsan balik bila part ‘ Banyak profiles we sent out , tapi client pick Ben saje ‘. Perghhh… Korang patut bangga ok ! Blog tak cun macam aku ni jadi perhatian ! Bermakna , blog korang yang jauh cun dari aku mampu pergi lagi jauh !!

Aku tak berani nak beria sangat takut cancel di minit terakhir.. Berdoa je la agar peluang gini tidak ditarik semula . InshaAllah.

Dan hari ni aku dapat dah  jadual travel di sana nanti ! Ok , aku senyum riang.. Senyum sebab berjaya buka mata ramai pihak. Blogger cam aku ni mendapat tempat di hati company besar ! Ini bukan kali pertama dan kedua , yer.. Banyak kali cuma kali ni tak sangka la dari Samsung.. Huhuhu..

Waduhhhh waduhhhh… ni kena sambar lens baru ni.. Kena cari lens travel ni.. Huhuhuh.. Tak yah tukar tukar lens dah kan ? Adehhhh… Seronok gitu eh ?

Alhamdulillah.. wife bagi sokongan je aku ke sana.. Dulu ke Paris , dia agak berat sedikit tapi kali ni setelah aku buktikan aku mampu ‘hidup’ di sana tanpa dia , maka dia lepaskan la aku.. hahahahha..

Samada on atau tidak projek ni , aku tetap berbangga.. berbangga sebab blogger macam aku ni , berjaya tarik perhatian ‘mereka’ di luar sana.. Tu yang penting ! Aku berjaya buktikan.. blogger biasa macam aku boleh berjaya tanpa perlu nak mengampu sapa sapa.. Buat kerja on time !

Terima kasih semua atas sokongan tak berbelah bagi pada aku. Sebab koranglah , aku masih terus menulis…

You May Also Like

12 comments

  1. Tahniah Abg Ben... Semoga makin murah rezeki lagi lepas ni..have fun!

    BalasPadam
  2. Tahniah Ben..semoga Ben sentiasa di murahkan rezeki..aamiin

    BalasPadam
  3. alhamdulilah tahniah ben...rezeki ^_^

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah tahniah bro!! Bangga dengan ko!!

    BalasPadam
  5. Wah, dapat ke Korea pula yer. Tahniah yer bro Ben Ashaari ^-^

    BalasPadam
  6. kipidap beben..tahniah! moga rezeki terus luas dan dpermudahkan sgalanya

    BalasPadam
  7. tahniah abg ben..bestnye la hai..apa pun take care sbb dgr cite psl virus mers (x pasti ejaan dia) tgh merebak kat korea..

    BalasPadam
  8. rezeki ben...Allah nak bagi kita bermacam cara...kadang-kadang sunyi tak der apa-apa pun. tetiba ada pulak yang menyapa. Syukur Selalu.

    BalasPadam