Nak atau tidak ambil Epidural ??
Tiba-tiba wife send satu mesej di Facebook. Url sebuah artikal mengenai kesan epidural pada dia serta anaknya. Mungkin ? Wallahualam. Aku bukan pakar untuk menilainya..
Artikal bertajuk “ Maafkan mama syg, kalau tak amik cucuk tahan sakit mungkin syg tak akan jadi macam ni “ di http://malaysia-tribune.blogspot.com/
Aku tanya wife kenapa bagi aku link ni ? Katanya..
“ tq abang..best decision ever:) “
Hurmm.. Aku teringat kembali saat saat doktor pakar datang kepada aku dan meminta kebenaran untuk menyuntik epidural pada wife ketika dia nak melahirkan Zahra. Waktu wife mengalami sedikit masalah untuk melahirkan disebabkan bukaan terlalu kecil.
Imbas kembali entri bertarikh 9hb Mei 2014 yang berbunyi..
“ Aku pun tunggu je la kat dewan bersalin tu dari jam 2 hingga laaa lepas Maghrib. Doktor tu kata kalau tak keluar gak baby , maka lepas Maghrib , siap laaa .. Gulp..
Sebelum tu , pakar ada datang. Tanya nak epidural atau tak. Selepas dia terangkan secara terperinci kesannya pada wife , memandangkan dia punya sejarah sebelum ini tidak begitu cemerlang , maka aku kata tak nak amik ! Risau bahaya pada wife ! Lagi pun aku tau dia mampu lakukan !!
Dan , jam 8.10 malam.. setelah berhempas pulas bertarung nyawa .. maka lahirlah Zahra Nur Iman ! Berat , 3.75kg ! Lari dari sasaran asal yakni 3.2 atau 3.4kg !! Tu pasal kena vacumn skit sbb wife dah tak larat nak 'push’.. huhu .. Sian dia ..
Alhamdulillah.. sepanjang aku bersama wife dalam tu , aku dapat pengalaman baru walaupun aku serupa patung tak tau nak wat apa.. Nak bagi dorongan , aku pulak yang macam dok meneran ! Huhuhu..
Susah woo nak beranak ! Hargai isteri dan mak anda ! Dan untuk wanita yang bergelar ibu .. anda layak bergelar HERO untuk anak anak anda ! “.
Ketika tu , aku perlu buat keputusan dengan segera. Nyawa anak bini bergantung pada keputusan aku..Aku tahu wife aku tak kuat untuk menahan sakit kerana dia ‘sedikit manja’ tetapi aku yakin dia boleh lalui semua ini. Lagi pun , itu yang dia nak ! Dia nak melahirkan anak secara normal. Dia nak rasa ! Maka aku nekad , aku tak nak kasi doktor cucuk epidural kat dia..
Sebelum tu aku ada tanya doktor.. peratusan ok.. Jawabnya 99% ! Hurm.. tak menyakinkan aku. Sebelum ni wife pernah buat pembedahan cyst. Dia diberi epidural dan kesannya memang aku nampak. Dia sakit sakit bahagian belakang dengan agak lama. Tak sampai hati lak aku nak dia lalui sekali lagi..
Alhamdulillah.. katanya aku buat keputusan yang tepat ! Kalau ikutkan dia , dia rela amik je.. Sebab dia ikut je apa kata doktor ! Tapi aku , aku perlu kepastian dan jaminan dari doktor tapi doktor gagal beri jaminan dan aku tak nak amik risiko ! Kalau orang lain boleh lahirkan anak secara normal , inshaAllah dia boleh . Cuma perlu diberi semangat dan sokongan tak berbelah bagi..
Nasihat aku , fikir masak masak. Dapatkan khidmat pakar untuk membuat keputusan. Jangan main ikut sedap rasa hati jer …
12 comments
Sedih sangat stori ni. Sebab org tu sedara adik ipar saya. Klu x salah saya, Adik saya pernah tengok baby tu. Dia ckp mmg sedih. Alhamdulillah dpt anak sihat walafiat..
BalasPadamsaya pun tak akan ambil.. nak rasa nikmat sakit bersalin tu!
BalasPadamlagi satu mmg suami patut main peranan bg semangat kat isteri..
saya pun tak akan ambil.. nak rasa nikmat sakit bersalin tu!
BalasPadamlagi satu mmg suami patut main peranan bg semangat kat isteri..
walaupun masa bersalin, suami tak berada kat sebelah (nurse tak panggil (-_-'), alhamdulillah dapat lahirkan anak tanpa epidural..walaupun sakit, nikmat sebenarnya bersalin ni..
BalasPadamtue la dia kan
BalasPadamaishh..takut pulak..
BalasPadamyoorin tak ambik epidural sebab walaupon menahan sakit contraction , tapi yakin boleh lahirkan normal. Lagipon takut nak cucuk2.. dah kiri kanan tangan pon kena cucuk jarum.. huhuhu.. dapat pulak gas..gas pon tak guna jugak..
BalasPadamAlhamdulillah sya pn xperna ambil epi....natural is the best..nikmat sakit beranak tu...
BalasPadamAlhamdulillah.. saya pun tak ambil epidural, doctor pun tak pernah tanya.. bertahan selagi boleh.. ;)
BalasPadamKesiannye, Allahuakbar..actullay benda2 macam ni tak berani nak cakap. Kita merancang tapi Allah sebaik2 perancang. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
BalasPadamSetiap orang pengalaman bersalin mmg berbeza. saya sendiri pun bersalin normal tanpa ambil apa2 ubat.
Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan..huhu..
takut pula bila dengar cerita-cerita macam ni..
BalasPadamsedey dengar citer camni..citer kat membe..dier pn dlu ader amik ubat tahan saket jgak..tpi dier kate kite xbleh tdo pas amik ubat tu..doc pn xkn kasik kite tdo..mmg rase penat+nk lelap..tpi mmg xbleh tdo..org yg ader dekat2 ngan kite tu kene slalu kejut2 kn kite klu nmpk kite cam nk tdo..takot ader side effect..wallahualam..nauzubillahi min zalik
BalasPadam