Salam Aidilfitri buat semua..
Tiada alasan untuk bergembira di hari raya ! Jangan sesekali sedih dan pilukan hati anda. Kita hidup cuma sekali dan hari ini kita berpeluang sekali lagi untuk berhari raya bersama sama mereka yang kita kenali dan sayangi..
Aidilfitri ialah Hari Kemenangan bagi mereka yang menjalani ujian dalam bulan Ramadhan yang lepas. Ada yang gagal.. ada yang .. wallahualam.. Hanya DIA yang bisa membuat penilaian..
Tapi selain dari itu , Aidilfitri juga adalah lambang penyatuan dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. Aku cukup kecewa dengan mereka yang sering jadikan isu perkauman untuk bantai membantai sesama warga negara. Ini tidak sihat langsung perangainya..
Masih ada segelintir yang berperangai begitu dan ianya cuma menyerapkan ke insan insan lain terutama yang muda muda. Jangan jadikan isu perkauman untuk membelasah kaum lain. Kesian kawan kawan kita yang berada di luar negara sana. Mereka di sana adalah kaum minoriti.. Bayangkan nasib mereka andai berlaku isu perkauman..
Apa pun , tahniah dan selama menyambut Aidilfitri tahun ini. Moga ianya memberi kesedaran buat kita semua …
2 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin yer...
BalasPadamSlmt Hari Raya Ben & isteri
BalasPadam