Bila kemalangan berlaku..
Semalam , dari Pengkalan Chepa ke Kok Lanas .. aku lalui beberapa kejadian kemalangan jalanraya yang menyebabkan kesesakkan lalulintas. Bila melihatkan setiap kereta yang terlibat , aku hanya mampu berdoa agar ianya tak berlaku pada aku , ahli keluarga serta kenalan aku.
Aku tak nak menuding jari tapi bila melihatkan sikap pemandu dua tiga hari ni , aku sememangnya tak pelik dengan kemalangan yang berlaku. Tapi yang pastinya mengantuk antara punca kemalangan. Aku sendiri pon mengalaminya. Berhentilah beberapa kali pon.. Tidur la camana pon.. Mengantuk tetap hadir.. Tukar pemandu ? Wife menyusu anak.. Kalu tukar , aku bukan leh menyusu pon..
Tapi aku bersyukur sebab balik beraya ke Pantai Timur. Aku boleh berhenti ikut suka.. Senang nak berhenti berbanding mereka yang ikut lebuhraya terutama Utara Selatan. Aku kena dah tahun lepas ! Seriikkk !!
Selain dari mengantuk.. sikap suka memotong kenderaan lain ! Nak potong tu boleh tapi janganlah sampai langgar peraturan. Satu lagi , memotong tak hengat punya ! Kiri kanan kita dipotongnya ! Haishhhh.. Macam dia je nak balik beraya !
Tah laa… Harap kawan kawan jangan amik ringan la soal keselamatan ni.. Atas jalan raya ni , kemalangan kalau berlaku.. hurmm.. memang mengerikan !
Beberapa kemalangan dlm minggu ni. Semoga kita jadikan pengajaran.
Hati hati bila memandu.. Semoga selamat tiba ke destinasi..
1 comments
Moga selamat sampai ke destinasi buat semua..
BalasPadam