Dia dah sayangkan adik dia ..

by - Rabu, Julai 08, 2015

 

Kadang kadang aku tertanya .. Qhaliff tak sayang ke adik dia ? Ini disebabkan dia terlalu garang dengan adik dia. Sesekali adik dia akan disakatnya hingga menangis namun itu tidak membuatkan adiknya terus menerus mendapatkan kasih sayang dari abangnya ! Huhuhhu..

Wife rasa Qhaliff cemburukan adiknya yang mula dapat perhatian dari aku. Aku terpaksa beri lebih perhatian memandangkan Zahra masih kecik dan dia perempuan.

image

Tapi nampaknya aku tak perlu risau dah pasal Zahra. Abang long dia dah mula menampakkan kegarangan. Aku yang suka sakat Zahra hingga menangis dah kena penangan dari Qhaliff !

Cuma peliknya.. Kalau dia yang buat adik dia , tak pe la pulak.. Hahahha.. Aku rasa dia cuma bergurau dengan Zahra cuma tak reti nak bezakan lagi antara halus dan kasar.. Hurmm ..

Semalam , aku peluk Zahra ketat ketat.. Saja nak buat dia menangis. Zahra ni hati kering.. Dia nangis sekejap je.. Tak macam abang dia ..

Zahra dah mula keluarkan suara ‘mintak tolong’ dan berjaya menarik perhatian abang dia yang aku tak perasan dia di belakang aku.. Dan satu ketukan dengan menggunakan telefon pintar OPPO yang besar itu tepat kena kepala aku !

Aku yang pada awalnya nak sakat Zahra , geram terus kat Qhaliff ! Dengan tenang Qhaliff cakap ..

"Sian Zahra... Tamo buat..".

Kecik besar kecik besar je aku tengok Qhaliff ! Dalam hati , bagus jugak si abang ni.. Sambil gosok kepala aku yang masih berdenyut !

You May Also Like

7 comments

  1. hihihi. comel je qhaliff pujuk balik . sabo je la abg ben

    BalasPadam
  2. ego seorang abang, bukan x sayang, tapi protect!

    BalasPadam
  3. kalau baca pasal cerita qhaliff dan zahra ni memang buat tersenyum sendiri

    BalasPadam
  4. Hahahahahaa... padah dia.. sao je r abg Qhaliff

    BalasPadam
  5. so sweet..sama la ngn anak ida...berani la amik adik die..menangis semahunya

    BalasPadam