Penghujung tahun lepas , aku ada balik ke kampung wife nun di Kelantan. Di sana , aku sempat ke Wakaf Che Yeh. Ada satu booth ni , aku suka g.. Baju dia jual , cantik cantik dan hanya dia je jual brand tu ! Tapi sayangnya , size aku tak pernah ada setiap kali aku pergi ! Yang paling besar ada jual cumalah L ! Akhirnya kali ke 4 aku gi.. aku nekad ! Beli je la .. L pun L laaa.. mana tau ada rezeki aku muat kan ? Aku tak try kat situ.. segan ! Heheheh..
Balik rumah.. aku try pakai.. dan mengecewakan ! Ketat kooo ! Buruk kat perut ! Hahahaha... Terpaksa aku simpan dalam almari.. dengan harapan , satu hari nanti , aku dapat pakai.
Dua tiga menjak sebelum minggu lepas .. aku ada terasa sakit di bahagian dada. Sesekali terasa seperti ada orang menjentik di bahagian situ. Aku mula rasa takut.. Aku syak kolestrol ! Dan bukan aku sorang je ada rasa camtu.. Ada kawan pergi check ngan doktor dan dia kata memang kolestrol ! Tanda tanda awal sebelum diserang penyakit jantung ! Aduhhhhh...
Tak boleh jadi ni ! Dulu aku rajin workout.. jaga makan.. Tak pernah rasa gitu ! Sejak sejak sibuk jaga anak ni , aku tak sempat langsung nak ke gym dan tak kisah bab pemakanan ! Akhirnya , atas sokongan wife.. dia buatkan air detox.. dan juga amalkan air suam lemon sebelum tidur dan awal pagi.. Tapi aku tak la berharap sangat dengan air tu untuk menurunkan berat badan. Selain dari tu aku bersenam dan sapu losyen slimming.. Kasi panas skit badan ketika bersenam.. hehehe..
Kesannya ? Aku dah tak rasa apa yang aku rasa sebelum ni ! Badan terasa ringan dan paling best , aku dapat pakai baju yang aku beli tu ! Dari XL , aku dah dapat pakai L !
Aku bukanlah nak kurus sangat tapi sebenarnya niat aku nak jaga kesihatan. Selepas aku terasa mudah mengah dan tak beberapa fit , tu yang buat aku risau.. Nak tunduk pun mengah.. camana tu ? Takkan nak biar kan ? Nak tak nak , aku kena buat sesuatu apatah lagi , aku plan tahun ni aku nak bergiat cergas dengan aktiviti outdoor.. hehehe... Kasi variasi skit blog aku..
Alhamdulillah..baru seminggu lebih , aku dah nampak kesannya ! Hehehhe...Tapi aku kena kekalkan ! Bermakna aku kena jaga makan juga.. Boleh la nak belasah makan apa saja tapi tak leh la dalam kuantiti yang banyak dan tak boleh la kerap kan ? Alang alang nak jaga kesihatan , maka buatlah betul betul.. Jangan asal buat jer , kan ?
Nak tak nak , inilah yang aku kena makan skang.. Bila ada food review je baru aku makan apa saja.. Hehehe.. kena seimbangkan.. Kalau mati terus tak pe.. Ni kalau tersadai dalam hospital ? Sapa nak teman ? Nak harap nurse cun ? Hehehe.. Takkan nak wife tunggu siang malam , kan ? Sebelum terjadi , maka sila amik berat terhadap kesihatan.. Aku pun , camana sekali pon kena g gak spital ! Buat check up !! Hurmm..