Hurmm…
Dua bulan lepas.. aku terima kad La Genius Saver ni. Entri bertarikh 1.1.16 .. hehehe.. Tu kelebihan ada blog ni. Leh rujuk balik entri tu..
Secara jujurnya , aku tak percaya la kad ni leh kurangkan RM yang tertera pada bil elektrik aku tu ! Tapi apa pun , aku cuba dulu la kan ? Cerita biar ada bukti kan ?
Ok.. 2 bulan selepas guna kad ni..
Dan bil elektrik bulan ni..
Secara jujurnya aku bagitau.. 3 bulan aircond di ruang tamu dah rosak.. Aku guna aircond dalam bilik tidur jer.. On setiap malam. Tapi untuk bulan Mac ni , penggunaan tv berkurangan la.. Sebab jarang tengok tv belah malam. Maka , banyak kemungkinan yang menyebabkan bil elektrik turun bulan ni.. Tapi ini paling rendah sejak tarif elektrik dinaikkan !
Adakah benar kad La Genius Saver ni mampu mengurangkan bil elektrik anda ? Wallahualam.. Korang kena tanya sendiri pada orang yang menjual kad ni.. hehehe .. Sila rujuk Puan Ecah Shafiee di Facebook.