Awal pagi ni , aku kena gi Cheras. Amik ayah dan terus ke HKL. Giliran aku lak ‘laksanakan’ tugas memandangkan adik beradik lain ada kerja yang perlu diuruskan. Lagi pun mereka dah jaga ayah setiap hari. Hurmm.. Semoga Allah berkati mereka.
Ketika aku up status di Facebook mengenai apa yang berlaku pada ayah aku , ada seorang rakan di Facebook bagi message ..
“ Assalamualaikum abg Ben, just nk berkongsi info yg sy ada..cb abg Ben Google products cellmax, product yg kakak sy gn ikhtiar drnya utk sembuh dr penyakit nye..bkn suruh beli or guna tau..bleh cr info dulu, atau jumpe doc Rezza sdri d area Kota damansara utk dptkn info penyakit yg kt alami & cr2 merawatnya.. Cb la Google klu sudi ya..tq “
Aku google mengenai CELLMAX dan jumpa beberapa testimoni yang menarik perhatian aku ! Apakah benar sedekian rupa kesannya ?? hurmm.. Teringat kata Mat Gebu ..’ Yang penting kita berusaha !’ Cerita banyak takda.. terus aku cari contact person di Fan Page CellMax… cari agen jer. HQ tak reply message ! Bizi sangat kott.. Hurmm..
Dan aku buat pembayaran.. Jumaat lepas dan semalam tiba di rumah mak aku..
Ayah aku seorang yang payah nak terima ubatan lain selain ubat doktor ! Dia percaya pada ubatan doktor jer.. Hurm. Moga dia cuba yang ni..
Esok.. aku tak tau apa doktor nak kata tapi dari apa yang adik aku bagitau , doktor nak tanya pendapat anak-anak.. Pembedahan tak boleh dilakukan kerana faktor umur.Begitu juga dengan kimo.. Hurmm…
Moga Allah permudahkan segala urusan kami esok..