Apa kata pakar mengenai kanser ayah..

by - Khamis, Ogos 11, 2016

 

Awal pagi ni , aku kena gi Cheras. Amik ayah dan terus ke HKL. Giliran aku lak ‘laksanakan’ tugas memandangkan adik beradik lain ada kerja yang perlu diuruskan. Lagi pun mereka dah jaga ayah setiap hari. Hurmm.. Semoga Allah berkati mereka.

Ketika aku up status di Facebook mengenai apa yang berlaku pada ayah aku , ada seorang rakan di Facebook bagi message ..

Assalamualaikum abg Ben, just nk berkongsi info yg sy ada..cb abg Ben Google products cellmax, product yg kakak sy gn ikhtiar drnya utk sembuh dr penyakit nye..bkn suruh beli or guna tau..bleh cr info dulu, atau jumpe doc Rezza sdri d area Kota damansara utk dptkn info penyakit yg kt alami & cr2 merawatnya.. Cb la Google klu sudi ya..tq

Aku google mengenai CELLMAX dan jumpa beberapa testimoni yang menarik perhatian aku ! Apakah benar sedekian rupa kesannya ?? hurmm.. Teringat kata Mat Gebu ..’ Yang penting kita berusaha !’ Cerita banyak takda.. terus aku cari contact person di Fan Page CellMax… cari agen jer. HQ tak reply message ! Bizi sangat kott.. Hurmm..

Dan aku buat pembayaran.. Jumaat lepas dan semalam tiba di rumah mak aku..

image

Ayah aku seorang yang payah nak terima ubatan lain selain ubat doktor ! Dia percaya pada ubatan doktor jer.. Hurm. Moga dia cuba yang ni..

Esok.. aku tak tau apa doktor nak kata tapi dari apa yang adik aku bagitau , doktor nak tanya pendapat anak-anak.. Pembedahan tak boleh dilakukan kerana faktor umur.Begitu juga dengan kimo.. Hurmm…

Moga Allah permudahkan segala urusan kami esok..

image

You May Also Like

15 comments

  1. Moga di permudahkan ,berkat doa anak2 soleh...

    BalasPadam
  2. Semoga ayah abg ben di maklumkan.perkembangan positif. sama2 doa tambahan di waktu dhuha ini. Insyaallah

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan dan ayah en ben nak mkn ubat tu ... semoga terbukahatinya

    BalasPadam
  4. Semoga Allah permudahkan segala urusan ayah Ben...

    BalasPadam
  5. Tindakan drastik kena pada masa...semoga cellmax dpt membantu ayah ben amin

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum abg ben..semoga urusan abg ben sefamily dpermudahkn allah & ayh dberikn kesembuhan oleh Allah swt..
    kuatkan semangat demi ayh abg ben..

    BalasPadam
  7. saya suggest Vivix utk ayah tuan. Boleh cari info dahulu sebelum cuba. InsyaAllah dah ramai dapat kesan positif. wallahualam

    BalasPadam
  8. tuan, utk kanser, pastikan semak dulu dengan doktor. jangan cepat percaya pada testimoni. kecuali produk ada kajian klinikal yang utuh. semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  9. Cuba la susu harimau tu titik kat tempat yg sakit. In sya Allah...

    BalasPadam
  10. Amin...in sya Allah..moga Allah permudahkan setiap urusan abg ben sekeluarga..

    BalasPadam
  11. Allah... sedih baca cerita macam ni... kuatkan semangat ben.. semangat orang keliling kena kuat untuk mereka kuat..

    BalasPadam