Daddy dah jual tab Qhaliff ! - BEN ASHAARI

Daddy dah jual tab Qhaliff !

 

Dia tanya aku.. mana tab dia.. Aku kata aku dah jual ! Dia tanya lagi dan lagi.. Aku jawab lagi dan lagi ! Nampaknya dia tak paham maksud aku tu..

“ Daddy dah kasi kawan daddy.. “ .

Baru dia paham.. kemudian dia bebel laaa kat aku.. Huhu.. Aku wat tak tau jer.. Sejak tu , dia tak de dah nak cari tab tuu ! Hehehehe.. Layan apa yang ada di depan mata dia.

image

Dan nak dijadikan cerita.. Malam tadi , aku lepak sekeluarga dengan sahabat aku , Alwi.. dan aku bagi la tab S tu kat dia untuk cuba pakai. Qhaliff nampak ! Terus dia meraung kat situ gak ! Dia punya meraung , memang tak pernah aku nampak ! Aku tak paham pada awalnya kenapa dan mengapa dia meraung..

“ Kenapa daddy bagi tab Qhaliff ni.. “.

Aku cuba pahamkan maksud dia. Puas aku fikir dan ingat.. Apa tak kena ngan dia ni hari ni ? Meraung sakan ! Tiba tiba aku teringat.. Hahahaha.. Aku kata aku kasi tab ni kat kawan.. Dia punya sedih rupanyaaa ! Terus dia amik dan pukul aku ! Hahahahaha.. Dia memang suka tab ni sebab ada S Pen ! Terus dia pegang..tak kasi orang amik..

Adeh…

11 ulasan:

  1. Asalam..semoga membesar dengan asuhan didikan ayag=h yang berwawasan..apa khabar?

    BalasPadam
  2. Semalam baru terbaca 4 kisah benar kesan negatif gajet pada anak-anak...ada yang juling, ada yang insomnia, ada yang taknak makan kalau takde gajet dan paling teruk yang jadi autistic..huhu. Ye laa..kita yang dewasa pun dah macam ketagih dah jadinya..inikan pulak anak-anak. Semoga Allah bantu kita mendidik anak-anak dalam dunia akhir zaman ni..sangat mencabar.

    BalasPadam
  3. Sekali Qhaliff marah..haaa tu dia..

    BalasPadam
  4. Rupanya Qhaliff memendam perasaan rupanya heheheh kelakar tau baca kisah dia...meraung tu memang satu fenomena biasa julia sering hadapi jugak...kena tumbuk2...tapi kan buat cool buat relaks je...diorang tengah belajar apa itu emosi marah...mcm mana nak luahkan perasaan...nanti lama2 dia faham ben...bijak!

    BalasPadam
  5. hahaha. daddy lupa. anak takkan pernah lupa!

    BalasPadam
  6. anak2 akak pun membesar dengan tab.. dah masuk sekolah ni susah betul nak renggangkan mereka dengan tab sebaliknya nak rapatkan dengan buku, dah cuba belikan lego ke apa tapi dia orang p beli minecraft plak kat tab.. susah la kalau anak x dibentuk dr awal tab tu hanya untuk permainan masa lapang bukan rutin harian!dan paling penting, anak x mungkin lupa apa2 yg kita kata... realiti tuh..

    BalasPadam
  7. Tab S A tu ya... huhu sian qaliff dia ingat dia punya... untung kanak2 sekarang kecik2 dah ada tab.. saya lama teringin pakai tab S tu, tapi sebab tak mampu je, jeling2 je bila nampak kat kedai, teringin sebab nak guna buat lukis digital.. alhamdulillah selepas dua tahun, baru dapat pegang tab S, di usia 27 tahun.. haha! Anyway, abgben beli la baru satu utk qaliff ^^

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.