Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 , Putrajaya ! - BEN ASHAARI

Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 , Putrajaya !

 

“ Bang.. botol air dah berlambak kat belakang tu. Gi la jual kat Putrajaya tuu.. “

Hurm.. Baru nak layan tv..

“ Kang.. lepas solat Jumaat. “. Jawab aku sambil layan Oggy anda the Cockroaches ngan Qhaliff.

Dan lepas solat Jumaat , aku gi antar. Aku pasang waze ke Presint 9.  Lokasi dia betul betul dekat dengan ‘flat hijau’. Hehehe.. Ada memori manis aku ngan ‘flat hijau’ ni. Huhuh..

image

Penuh kereta aku dengan botol air ni. Aku tak nampak belakang dah ! Bahaya tul pemanduan gitu. Dah la aku baru je dapat anugerah pemandu berhemah ! Hahahaha..

Nekad. Bismillah.. Moga dipermudahkan. Niat nak jaga alam sekitar ! Huhuhu..

Pasang waze. 25 minit dari rumah aku. Tengok jam.. dah pukul 3.30 petang. Harap tak tutup lagi dan jalan tak jammed bila balik nanti.. Kalau jammed , mesti stress aku. Hahahaha.. Stress memanjang !

image

Alhamdulillah.. sampai dah ! Petugas yang menjaga kat sini pon peramah. Tak de nak sombong bagai.. huhuuh.. Aku tanya dia dan dia jawab dengan baik.

Mintak izin amik gambar.. Untuk perkongsian bersama.

image image

image 

Haaa.. apa lagi ? Ni masanya nak buat side income ! Hahahaha.. Ok pe ??? Sapa nak kasi duit kan ? Haa.. dari buang gitu jer .. Baik gi antar ke pusat kitar semula. Melainkan memang korang dah kaya la.. hehehe..

Apa apa pon.. Go Green ! Cintai alam semulajadi kita. Jangan dah hilang , baru nak menyesal !

4 ulasan:

  1. bagusnya... rapi sistem kat putrajaya ni. tempat saya, dia campur je kira surat khabar majalah buku kertas camput tetrapak = kertas

    kaca takde nilai ye?

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  2. Hhahahaha!! dpt pon info.. memang nak cari pon pasal recycle ni...

    BalasPadam
  3. KERTAS YANG DAH SHRED BOLEH JUAL X?

    **NUBIE BERTANYA

    BalasPadam
  4. Kertas yang dah shred/dikoyakkan boleh jual kat sini jgk ke?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.