Rezeki untuk si ayah..
Alhamdulillah.. Aku bukan makan gaji. Terpaksa cari job untuk menampung segala perbelanjaan dan juga hutang piutang. ‘ Mereka ‘ nampak aku seperti selesa dan tiada masalah kewangan. Aku mampu senyum jer..
Buat baik dibalas baik.. Rezeki dari Allah. Dalam dok pikir camana aku nak cari duit beli kerusi roda untuk ayah , ada job untuk aku. Semoga Allah murahkan rezeki sahabat tersebut… Dia yang ‘jual’ nama aku dan berjaya dapatkan projek tu untuk aku.
Dan terus aku gi beli kerusi roda yang ayah ‘rayu’ sangat nak dua tiga hari lepas.. Sebenarnya HOSPIS MALAYSIA ada tawarkan kerusi roda.. buat kegunaan sementara.. tapi masing masing tak berkesempatan nak pergi amik kat pejabat mereka.
Aku beli kat Jaya Shopping Mall setelah ternampak kedai ni , Isnin lepas… ada jual alatan perubatan.
Beli kerusi roda.. ternampak menda alah tu.. Ala.. letak kat belakang badan kita.. Maklumlah , orang tua mana leh duduk macam orang muda. Nak sesuatu untuk menampung badan mereka.. Huhuh..
Aku tanya wife.. nak amik apa apa tak ? Termometer ? Sebab nanti nak pakai bila baby dah keluar.. Kot demam ke.. Nak check suhu. Wife tak nak sebab mahal. Aku suruh je amik sebab duit leh cari tapi kesihatan kena pantau !
Bayar semua sekali.. Aku senyum.. Sedekah untuk mereka. Bayang bayang Samsung Note 7 makin kabur.. hahahaa..
8 comments
Alhamdullillah rezeki mencurah-curah. Betul duit boleh dicari... lagi pun mmg duit di tgn kita adalah rezeki utk org lain. Apa yg kita beri pasti dibalas berganda olehNya.
BalasPadamInsyaallah, ada rezeki lagi besar akan datang tu...
BalasPadammoga dipermudahkan... Urusan dan dimurahkan rezeki
BalasPadambila kita berbakti pada orang tua kita kepuasan tu tak mampu nak ucap.. lagi2 dengan hasil titik peluh kita sendiri.. InsyaAllah.. lepas ni banyak lgi rezeki lain yang masuk.. :)
BalasPadamutamakan yang mana lebih memerlukan..InsyaALLAH rezeki tak akan putus.
BalasPadamSemoga di berkati usaha menjaga ayah sebaiknya. Amin
BalasPadamgambar kartun icon dah hilang? comel je letak gambar katun...ini gambar encik ben..heheh
BalasPadamMoga terus dimurahkan rezeki untuk Ben sekeluarga, Amin
BalasPadam