Semuanya kerana tonsil !
Jumpa doktor semalam di Mediviron. Walaupun kad klinik dah tamat tempoh , Mediviron tetap menjadi pilihan bila anak anak sakit. Ubatnya serasi dengan anak anak.. Pernah try g klinik lain , tak berapa menjadi.. hurmm… Tak tau lak aku ubat leh main serasi ke tak ! Hahaha..
“ Ok.. tonsil merah. Dada pun cam ada kahak.. “. Kata doktor.
Hurmm… Ni gara-gara suka gigit barang la ni ! Banyak kali dah aku larang. Aku lak kena marah dengan Zahra. Makcik sorang ni memang.. dia berbeza skit ngan abang dia. Abang dia , bila dilarang , dia tak buat terus.. Si adik ni , siap nak babap kita lak ! Huhhh.. Jangan bawak ke besar perangai tu dah ! Naya kang..
Doktor kasi ubat sekali ngan GST. Biasa la tu.. Bukan salah doktor.. Uhukk.. Nanti nak join parti baru ! Hahahahaha.. Ok ok.. ni bukan blog politik yer !
Malam , dia demam lagi.. Badan panas.Mandikan dia.. kasi sejuk badan. Pastu sapu minyak Pati Batook Ori kat dada dia.. Kasi lega skit pernafasan dia..dan kasi lena tidur !
Jam 12 lebih malam… dengan seharian tak tidur.. maka , tak sampai beberapa minit… dua dua terus lenaaa ! Termasuk daddy dia ! Blog pon tak update ! Hahahaha..
Qhaliff dan Zahra memang mudah sakit tonsil. Ikutkan , jajan pon tak leh makan ! Hurmm.. bila demam , adehhh… penat nak dukung.. Dah baik , menyanyi menari dan melompat ! Alhamdulillah..
2 comments
Anak kedua mmg gtu kot garang hehe
BalasPadamBila adik dah lahir mungkin Zahra berubah..
BalasPadam