Pemeriksaan rutin di Azalea Maternity , Putrajaya !

by - Isnin, Ogos 01, 2016

 

Azalea Maternity atau juga dikenali dengan Klinik Pakar Wanita Azalea , Putrajaya. Setiap minggu wife akan datang buat pemeriksaan rutin di sini. Kalau takda isu , ok la.. gi je klinik kerajaan tapi memandangkan wife ada isu , memang perlu ada pemeriksaan sekerap gini.. Risaukan kandungan dan juga isteri.. Aummm…

image

Haa.. ni la klinik dia ! Kalau korang tengok kat tingat atas tu.. bahagian tu akan dijadikan ibu ibu mengandung bersalin kat situ.. Doktornya , perempuan la ! Maka tak perlu risau lagi laa bagi mereka yang tinggal di area Putrajaya , Bangi dan sewaktu dengannya.

Datang jam 11 lebih… nama dipanggil dalam jam 2 petang. Boleh tahan ramai yang datang walaupun hari Isnin ! Nampaknya , makin ramai yang percayakan klinik Azalea ni.. Alhamdulillah.

image

Sementara menanti nama ibunya dipanggil.. macam macam dia buat kat dalam tu. Bermain dengan kanak kanak lain.. makan… minum dan akhirnya , membaca ! Hahahaha..

Tiba-tiba.. Nama dipangil.. Qhaliff paling teruja ! Aku dah bawak Zahra ke dalam kereta. Dia dah mula mengacau orang. Ketara boring sungguh la minah tu.. huhu..

Dr. Nur Azimah Che Embi.. Memang doktor ni jadi pilihan wife dan aku juga bila datang berkunjung ke sini..

image

Cam aku kata sebelum ni.. sangat lembut la Dr.Azimah ni.Cara layan pesakit.. layan anak anak.. adehh.. Tak perlu nak risau ! Memang ketara profesional Dr.Azimah.

image

Masuk dalam.. doktor menerangkan.. Wife ‘dipaksa ‘ berehat.. Fuh ! 3 minggu cuti direct.Doktor cakap . baby ok.. normal.. tapi uri masih rendah.. InshaAllah akan ok tu.. kena banyak rehat dan aku yang kena buat kerja ! Hurmmm…

Aku masuk sama. Dan teringat terus aku pada Dr. Hamid Arshat.. Seorang doktor yang sangat lembut ! Huhuhuhuh… Seronok jugak jadi doktor sakit puan ni eh.. hehehehe.. Maksud aku , automatik jadi lemmbut orangnya.. huhu..

Selesai jumpa doktor.. Balik rumah terus ! Jam 3.30 petang , ada juga di klinik kerajaan.. Huhuh .

You May Also Like

2 comments