Ber’flash’ dengan Zahra..

by - Rabu, Ogos 10, 2016

 

Zahra masih belum ketagihan gadget. Dia cuma layan tab atau hp bila si abang dia dok sibuk layan hp.. Dia boring , dia mintak atau dia yang mintak dulu kat aku untuk menarik perhatian abang dia yang tak hiraukan dia ! Huhuh.. Tu je cara nak ‘tackle’ abang dia !

Malam ni.. dia tak kisahkan abang dia.. Dia ajak aku naik atas.. ke bilik ! Aku yang tak beberapa sihat hari ni, naik ke atas bersama dia.. Huhuh..

Di bilik.. dia amik paperbag yang berisi flash card.

“ Daddy, nak blajar.. “. Dia senyum. Rasa nak gigit je pipi dia bila dia senyum.. Hahahha..

Ok.. Aku amik dan susun.. Kebetulan kad yang berada di atas sekali , ialah angka.. ONE ! Berbekalkan pengalaman aku di HeGuru , aku buat seperti mana mereka ajar anak anak kecil..

“ One.. “ Kata aku .

“ Twoo.. “. Balas Zahra.

“ Zahra.. Oneee.. “. Aku  pandang dia..

“ Twoooo.. “. Jawab dia semula !

image

Fuhhhh… cabaran tul !

You May Also Like

1 comments