Selsema teruk ? Ini rahsia aku hilangkan selsema !

by - Ahad, Ogos 28, 2016

 

Kelmarin , aku selsema teruk gara gara berjangkit dengan Zahra. Qhaliff pon selsema jugak. Sebelum ni , aku dah jarang nak dapat selsema tetapi selepas ‘stok’ aku abis , selsema pon hinggap dengan jayanya !

Rahsia aku ? Heheheh.. Aku amalkan air detoks jer ! Setiap hari aku minum. Dan baru baru ni , stok lemon dan epal hijau abis. Maka aku tak dapat la minum air detoks tu. Kesannya , seperti aku kata tadi.. aku asyik bersin dan selsema ! Memang tak best sungguh.

Semalam.. Gi Alamanda dan aku daptkan stok aku. Selepas beberapa kali aku minum , selsema aku mula berkurangan dan akhirnya tiada.. Kecuali bila aku makan mee Ramen Samyang tu jer , hidung aku berair gara gara kepedasannya ! Hahahaha.. Giler pedas tul !

Camana nak buat air detoks tu ? Mudah sangat.. Cari lemon , epal dan habbatus sauda.. Potong dan campurkan dengan air mineral. Letak dalam peti ais.. Minum setiap masa..

image

Air detoks ni sesuai dengan aku. Aku tak tau la orang lain camana. Kalau selsema teruk , boleh la cuba.. Sekurang-kurangnya , mencuba kann…

You May Also Like

1 comments

  1. Mungkin Lepas ni boleh Cuba buat air detox ni. Adakala kerap juga kena selesema tapi lepas makan Apple hijau terus baik dah.

    BalasPadam