Rempah kurma je pun !

by - Selasa, Ogos 09, 2016

 

“ Abang , tolong beli rempah kurma jap. “.

Aku suruh dia masak kurma telur malam ni memandangkan Qhaliff dan Zahra berselera makan nasi dengan kuah kurma. Aku pun suka gak.. Hehehehe..

“ Hurm.. awak je la turun. Kang saya beli , ada pulak tak kena ! Haaa.. “. Jawab aku.

“ Rempah kurma Adabi je pon ! Tuu.. nak pisang gak ! “. Pinta wife.

“ Haa.. tengok ! Ada  tambahan lagiii .. Adeh.. Gi laa..  Kang salah beli kang.. haaa.. Bebel ! “. Aku jawab lagi !

Dan akhirnya aku mengalah bila dia kaitkan dengan ‘mengandung’. Maka turunlah aku dan masuk ke dalam kedai runcit yang baru beroperasi di taman perumahan aku ni.

Beberapa minit kemudian , aku selesai membeli. Haa.. Aku amik pek besar lagi ! Leh makan 2 hari niii !

image

Wife tengok muka aku… pastu sengih.. sengih .. pastu ketawa ! Arghhhhh .. aku kata dahhh !

“ Bang.. orang suruh Adabi. Ni Babas ! Lagi pun , pek besar ni.. Nak buat kenduri ke ? “. Tanya wife sambil ketawa !

“ Alaaa.. Babas ke.. Adabi ke.. sama laa ! Dua dua rempah kurma , kan ? Ni size besar , boleh pakai seminggu dua.. Hari hari la kita makan kurma.. Jimat apa ?? “. Jawab aku.

Akhirnya , dia turun dan gi masuk ke dalam kedai. Seminit kemudian , dia keluar bersama rempah kurma Adabi !

image

“ Ni haaa… baru betul ! “ . Wife tunjuk rempah yang  dia minta.

“ Laaa.. sama laaa .. Brand je lain ! Dua dua rempah kurma ! Adoiii.. “. Bebel aku.

Selepas dia beri penjelasan.. baru aku paham. Rempah Adabi , kurang pedas dan anak anak menyukainya berbanding Babas yang agak pedas.. anak anak tak nak !

Oooooooooo.. cakap laaa !

You May Also Like

2 comments

  1. hahaha.. tu belum kena suruh beli kunyit lengkuas halia lagi tu..

    BalasPadam
  2. haa tu laa tak dengar cakap, dah wife suh beli adabi...beli adabi lah! hahahhaha

    BalasPadam