Bila-bila masa je boleh beranak dah !
Hari ni g check up lagi di Klinik Pakar Wanita Azalea. Seminggu sekali gi check kat sini. Terpaksa sebab wife ada masalah skit.. maka kena pantau setiap minggu. Suka sini sebab doktor perempuan , parking mudah dan berada dekat dengan pelbagai restoran. Hehehe.. Kalau ramai orang , g makan.. Nanti staff call bila masa kita dah tiba..
Ketika sampai sini , budak budak dah tertidur dalam kereta. Maka wife turun sorang jer. Aku duduk dalam kereta. Lagi pun hujan. Hurmmm.. Kena tunggu reda dan diorang bangun.
Tak lama kemudian , Zahra bangun. Aku gi hantar Zahra ke mak dia. Dia nak tengok baby katanya.. Huhuh.. Qhaliff masih tidur. Dalam 10 minit kemudian , baru dia terjaga. Aku ajak dia turun masuk ke dalam klinik..
Sayangnya , wife dah masuk jumpa doktor dah.. Aku tak dapat nak tengok muka baby. Nak tak nak tunggu kat luar je la. Hurm.. Layan kan Qhaliff jer . Qhaliff pon boring sebab Zahra takda. Kalau Zahra ada , aku confirm jadi Hulk. Abis diorang jadikan klinik tu cam taman permainan. Budak budak.. kan ?
Wife keluar dari bilik Dr.Azimah.. Seorang doktor yang cukup lembut melayan budak budak dan juga pesakitnya. Memang boleh dibawa berunding dan tanya apa saja , InshaAllah akan dijawab dengan baik.
Aku bawa budak budak naik ke kereta dan wife uruskan bahagian dia. Seminit kemudian , dia sampai. Aku pandang dia dan bertanya apa berita terkini ?
“ Dah 37 minggu. Bila bila masa je boleh beranak. “ .
Aku tergamam ! Kenapa ??? Dalam kepala aku , projek untuk blog tengah banyak sekarang ni ! Adehhhhh… Acaner eh ? Kalau aku kena outstation , sapa nak jaga ? Kena pulak tuuuu.. dekat nak Raya Haji dah !
Hurm.. Aku rasa , aku kena dah bersara awal dari dunia blog ! Takda orang nak jaga budak budak ni.. Huhuh.. Walaupun ada yang offer , aku tak berani nak tinggal diorang ni.. maklumlah , tak pernah berpisah !
Maka.. aku jaga ketiga tiga la eh ?? Blog ? Aku.. aku.. hurm…
3 comments
Blog update 2-3 perenggan je. Hehe. Ya Allah semoga isteri Ben selamat bersalin. Terkenang2 pulak masa nak bersalin.
BalasPadamInsya Allah semoga dipermudahkan. Submit doa cepattttt
BalasPadamInsyaAllah Ben mesti akan cari masa untuk update blog juga. Cerita pasal Qhaliff dan Zahra banyak dlm ni, adik baby pun mesti laa kena ada gak ceritanya. Kenangan tu...nanti adik pun boleh baca gak
BalasPadam