JANGAN makan Sambal Hitam Pahang–Ikan Talang !

by - Selasa, Ogos 23, 2016

 

SERIUS ! Tolong elakkan sama sekali ! Jangan terkena macam aku. Aku terkena dahhhh ! Ketika aku diminta buat review produk ni , Sambal Hitam Pahang dan isinya adalah ikan talang.. aku dah dapat rasakanya ianya pasti akan ‘berhantu’ !!!

image

image

image

Aku makan dengan nasi putih… sekadar nak test dulu ! Sebab orang kata , makan ngan nasi putih panas panas , baru tau sedap ke tak sambal hitam tu ! Dan… dannn…

“ Abang , sambal hitam tu… dah tinggal skit jer??? Baru bukak je kan ??? “ .

Heheheeh… Memang dah ‘perangai buruk’ aku.. kalau makanan tu sedap , sekejap jeee nak abis dah walhal baru je bukak ! Dan nak tak nak aku terpaksa hubungi tokey besar Sambal Hitam Pahang…

image

 

Nak rasa gak ? Serius ??? Betul ? Jangan jadi cam aku ! Hahahaha.. Kang tak pasal pasal , tambah order nanti ! Haaa. Nak simpan stok masa wife pantang nanti.. Makan nasi putih ngan sambal hitam ikan talang je nanti.. Tak leh bayang betapa gemuknya aku nanti.. ADeh !

Menurut SAMBAL HITAM PAHANG , mereka menggunakan ikan talang jeruk yang terpilih,cili api yang segar, belimbing buluh rebus & bawang yang terpilih menghasilkan rasa istimewa yang seimbang antara masin,masam,manis yang mampu membuka selera pengguna.

Kalau nak tau lebih lanjut , sila tanya sendiri ! Aku malas nak gebang panjang panjang ! Oh ya , ada 2 jenis sambal hitam iaitu sambal hitam ikan bilis (versi kering) & sambal hitam ikan talang (versi basah).

Sebarang pertanyaan , sila tanya di MINionlicious Enterprise Sambal Hitam Pahang.

You May Also Like

5 comments

  1. memang boleh jadi hantu ikan talang kalau camni

    BalasPadam
  2. Haha ingatkan kenapa. Adehhh. 😂

    BalasPadam
  3. Dah kena bulan puasa baru ni.. Masa sahur kami mmg makan nasi.. Laju yg tak tersangka, bulan puasa je naik 2kg.. Bila buat research baru tau sebabnya, hahahaa tiada dpt dikata... Brand lain tp beli 2 sambal hitam bilis & 2 sambal ikan talang.. Zaasss aje..

    BalasPadam