Bila anak anak kita dah petah berbicara..

by - Ahad, Ogos 28, 2016

 

Muhammad Qhaliff Iman , 4 tahun dan Zahra Nur Iman , 2 tahun. Belum pernah lagi pergi mana mana taska atau pengasuh jaga mereka.

Bila melihat anak orang lain di usia anak anak aku , kebanyakkan mereka dah petah bercakap. Mulut macam bertih jagung. Laju je cakap cam orang dewasa. Qhaliff pulak masih cakap Jerman.

Tetapi sekarang , dah makin ok percakapan dia malah sesekali dia akan cakap omputeh terutama dengan ibunya. Zahra , masih pelat tetapi dia suka meniru percakapan abangnya.. Kekadang rasa macam dapat anak kembar je aku.. Hahahaha..

image

Aku dapati cara untuk mengalakkan anak kita bercakap ialah dengan rajin membiasakan mereka dengan rakan sebaya mereka. Dedahkan mereka dengan persekitaran yang mereka selesa dengannya. Dan rajin berbual dengan mereka.

Tapi bila dah petah berbicara , jangan pening lak ! Mereka akan tanya pelbagai soalan pada kita dan pastikan kita menjawabnya. Jangan marah mereka kerana ini akan membuatkan mereka takut untuk bertanya pada kita lagi.

Dan ingat.. mereka mencontohi cara kita berbual ! Jangan terkejut.. bila gaya percakapan mereka , sama cam ibu bapanya ! Hati-hati.. Jangan bergaduh depan anak.. Jangan tinggi suara. Television dan gadget lak , adalah ‘guru’ merka.. Pastikan mereka tonton ‘yang elok-elok ‘ jer..

You May Also Like

4 comments

  1. Kita pun kena rajin tanya anak-anak

    BalasPadam
  2. Setuju statement ben mengatakan percakapan anak meniru dari diri kita iaitu ibu bapanya...memang bila dah petah bercakap anak2 akan tanya bermacam soalan dan soalan berulang kali...kita kena bg motivasi dan moral support dan layan je...yup betul gadget tak salah...yg penting info dia tgk tu betul...lagi senang dia belajar sebenarnya kan...

    BalasPadam
  3. Masa blum bercakap, risau suh cepat cakap. Bila dah cakap, suh diam plak sbb penat melayan. Anak pun konpius jadinya hehe

    BalasPadam
  4. seronok bila tgk ragam budak-budak kan.. ermm teringin sangat nak melaluinya..


    www.yanieyusuf.com

    BalasPadam