Hancurnya sebuah perniagaan kerana…
Semalam , aku ada singgah makan sebentar di sebuah restoran.. kat E-Curve, Damansara. Ni kes terpaksa makan sebab dah terlalu lapar. Hehhehehe.. Terpaksa !
Dan masa sama, terpaksa mengejar masa. Pelanggan di restoran tu , ketika itu.. tak de orang ! Aku bertanyakan beberapa soalan. Soalan mudah jer.. Tapi aku rasa cam cakap dengan SINGA ! Muka masa dan balasanya tiada berintonasi. Mendatar ! Huk alohhhhh ! Rileks laaa.. Tau la nak balik dah tapi janganlah layan kami ni macam.. Hurm.. Oh ya , aku dan 2 orang rakan blogger ! Kalau tak kerana kelaparan dan mengejar masa , aku dah blah dan cari restoran lain !
Masa makanan dihantar pon tiada sebarang ucapan ! Aku tengok di skrin tv restoran tu.. Rasanya bukan milik restoran tempatan ni.. Tapi sayangnya , pekerjanya ‘orang tempatan ‘ yang tak reti nak meraikan pelanggan ! Haihh..
Teringat juga beberapa hari lepas aku ke Alamanda. Gi sebuah premis terkenal.. Begitu juga keadaan. Bila masuk dalam tu , muka pekerja macam.. TERPAKSA BEKERJA DI SITU ! Pelik aih.. Dan satu kesilapan mereka ialah , aku kenal ‘orang besar’ premis tu.. Terus aku hubunginya melalui whatsapp.. Bukan berniat buruk tapi ramai kot pelanggan kuar masuk situ.. tapi dengan muka pekerja-perkerja macam tu , semua orang akan keluar dan pergi ke premis lain !
Gara-gara orang macam ni laah…. banyak perniagaan alami kerugian dan seterusnya , TUTUP KEDAI ! Ubahlahhh… bukan anda bekerja di situ PERCUMA ! Tak suka , berenti kerja dan buka bisnis sendiri. Pastu , buatlah muka macam tu dan tengok sendiri.. apakah anda mampu mendapat keuntungan atau sebaliknya ?
9 comments
Muka kena paksa kerja kan ben...selalu jumpa...terkadang rasa macam apa salah kita kan...patutnya dia ada istiqomah dalam pekerjaan...masalah peribadi tak boleh campur aduk dengan pekerjaan...
BalasPadamralit dok tengok henpon, pelanggan kat tepi pun tak peduli dah... huhuhuhuu...
BalasPadamMasa mintak kerja..semua boleh..bila dah dapat keje..apa pon xbolehhhh..
BalasPadamkalau masuk kedai yang pelayannya buat tak nampak dan buat muka macam mmg jam tu gak kuar balik... biar tak makan pon tak pe...
BalasPadamtu belum lagi yg tak reti ckp melayu ngan bi nk amik order keh keh keh
BalasPadamkalau ummi dpaat [ekerja mcm ni. dah lama kena sekolah!! geram aihh, duit gaji nak, kerja main-main. hish
BalasPadamSedih kan bila perniagaan dah elok pekerja pulak buat hal..ermm
BalasPadammereka perlu diberi penekanan lagi. etika sambut pelanggan. org layan baik, dari tak beli terus nak beli tau..
BalasPadamPC dengan suami kena jeling pun pernah...huhuhu...bila kita tanya dia cakap mcm nak tak nak..suara dengar tak dengar..kita nak kepastian..layan macam kita ni seolah olah hari hari datang makan free..sedihnya la...ralat hati..
BalasPadam