SecondItem Burger : Pelbagai pilihan makanan yang menarik !
Akhirnya aku singgah juga SecondItem Burger setelah berpuluh kali dijemput. Sibuk sangat sebelum ni. Semalam, alang alang gi beli almari baru , terus gi singgah makan kat kedainya , di Banting.
Dua jam aku duduk di sini, pengunjung tak putus-putus. Satu tanda positif bagi aku. Walaupun kedainya tak semewah mana tapi layanan dari pekerjanya , bagi aku dah lebih ok dari sesetengah kedai atau restoran yang nampak gak tapi nak senyum pon susah !
Dari rumah aku ke SecondItem Burger mengambil masa 20 minit. Sama macam nak g makan kat Alamanda. Aku rasa , makan kat SecondItem Burger ni jauh lebih jimat ! Huhuhuh..
Apa pilihan makanan yang ada ? Hurmm.. Banyak ! Dan yang penting , tak perlu risau soal kebersihan. Memang dijaga kebersihan di sini..
Big boss moniter setiap masa woo ! Huhuhuhh..
Ok ok.. aku order beberapa jenis makanan. Dan semuanya habis ! Huhuhuh.. Sedap dan murah !
Ada banyak yang sedap kat sini sampai tak tau nak makan yang mana.. Hahahaha.. Sebaiknya tanya kat tokey sendiri.. apa yang sedap ! InshaAllah , jawapan memang memuaskan hati !
Nampaknya , selain dari MMA Corner yang mana D’Laila Mee Udang yang terkenal dengan asam pedas telur ikan mayong , SecondItem Burger akan jadi port jalan jalan cari makan malam aku sekeluarga laa jawabnya !
Oh lupa lak aku.. Kalau korang nak buat tempahan burger , lamb chop atau sebagainya ..terutama untuk majlis majlis peribadi , ada jugak dibuka ..
Untuk sebarang pertanyaan , leh contact terus SecondItem Burger.
4 comments
wah..menarik
BalasPadammemang sedap burger dia..rotinya lembut.
BalasPadamHmmmm sedap 🤗
BalasPadamDah lama teringin nak pergi.. Malangnya belum berkesempatan lagi..
BalasPadam