dELONG Coffee & Such di Shah Alam sajikan masakan menyelerakan !
Terletak di No 8 , Jalan Opera A U2/A , Seksyen U2 TTDI , Shah Alam , Selangor . cafe Delong Coffee & Such bakal menyajikan masakan masakan tradisional dari negeri Pantai Timur , Terengganu !
Semalam , di food testing cafe tersebut rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah ‘dibenarkan’ merasai dua jenis makanan yang bakal menjadi permintaan hangat di cafe tersebut.
Chalong…
Keistimewaannya ialah , fishball tuu sendiri ! Home made yer ! Bukan beli kat kedai atau jiran sebelah yang buatkan ! Haa.. Resepi tersendiri. Chalong ni adalah antara makanan kegemaran di Terengganu.
Dan yang kedua ialah Nasi Carrort ..
Nak kata cam nasi beriani , tak jugak.. Tapi rasanya memang boleh buat Qhaliff dan Zahra berselera makan. Nasinya la.. Ayamnya , kasi bapak dia makan jer.. Hehehehe..
Minum pula.. ada dua jenis. Air Soda Bukit Besi dan Lala Choco Drink. Memang sedap kedua dua air ni ! Tak berulang amik aku dan rakan rakan lain..
Menurut Puan Arlina Rosli , cafe ini akan dirasmikan dalam tempoh sebulan. Bermakna cafe ni belum siap 100% tetapi dah beroperasi ! Kalau nak datang cuba makan chalong dan nasi carrot ni , silalah ! Akan ada banyak lagi makanan yang disajikan di sini nanti seperti sata dan otak otak… banyak lagi !! Semua dari Terengganu gituu ! InshaAllah.
Harga ? Setakat yang dikhabarkan pada aku , masih sangat relevan laa.. Siap ada pakej kalau makan tengahari ! Haaa.. Air dan makanan , tak sampai pon RM10 !
InshaAllah , bila dah siap sepenuhnya.. aku akan kembali bersama anak anak dan rakan rakan blogger yang lain.. Semoga Maju Jaya , Delong !
Alamat : No 8 , Jalan Opera A U2/A ,Seksyen U2 TTDI Shah Alam , Selangor ( Berdekatan dengan Petron )
No tel : 013 958 3797 / 012 280 8996
Instagram : @delongcoffeeandsuch
Terima kasih
10 comments
terngin jugak.. nnt ada rezeki bleh makan sama skali..
BalasPadamSedap pulak soda bukit besi tu...
BalasPadamTempting betul tgk Lala Choco Drink. :D
BalasPadamGulp! Sedapnya nasi tuu
BalasPadamgood review..:)
BalasPadamBaru baca blog razzwey mujur x pergi lagi belum buka rupanya huhu...
BalasPadamMurahnyaa... rasa mcm sedappp. Tak pernah makan chalong.. teringin lak
BalasPadamsama lah . suka dengan soda besi tu! hehehe. tak rasa besi pun. bergelas jugak minum.
BalasPadamInsyaallah..nk cuba nanti
BalasPadamAir tu nampak mengiurkan
BalasPadam