Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 12 Mei 2016

Jantina adik Zahra , dah diketahui !

 

Ikutkan , hari Isnin lepas dah tau dah.. Tapi doktor pakar yang memeriksa wife aku tu , cuti lak.. Terpaksa buat temujanji yang lain lak.. Minggu depan ! Hurmmm.. Sian lak kat wife kena g semula nanti.. Aku lak , tak sabar nak tau jantina bayi yang sedang dikandungnya. Huhuhh.. Aku nak bersedia mental dan fizikal dari awal lagi..

Wife syorkan ke satu klinik khas untuk perbidanan di Ayer@8 , Putrajaya.. Aku pon ok je.. Duit memang aku dah standby. Aku rela ke swasta part ni.. sebab cepat dan pantas ! Sian kat wife kena tunggu lama.. Dah la sebelum  tu , g suntik Zahra.. Lama la gak menunggu.. Tapi bukanlah salah diorang pon.. Kenyata.an.. Memang ramai datang untuk dapatkan rawatan. Layanan nurse pon ok jer.. Senyum dan memberi tunjuk ajar..

Selepas suntik Zahra , terus ke Putrajaya.. Hujan turun dengan lebatnya.. Masuk Putrajaya , baru nak turun hujan! Huhuhu. Nasib baik..

image

Kali pertama ke sini. Masa Qhaliff dulu , kitorang ke Dr. Hamid Arshat.. Kali ni wife nak doktor perempuan jer.. Aku pun lebih prefer perempuan. Sebelum ni , agak dungu part part ni. Lagi pun tak jumpa atau takda bajet masa tu..

Di Klinik Pakar Wanita Azalea Putrajaya ni , kebetulan mereka baru je dibuka kat situ. Maka ada la harga harga promosi yang menarik. Aku pon suruh la wife amik pakej yang sesuai untuk baby.. scan lengkap termasuk tulang temulang dia.. Huhuh.. termasuk 4D ! Saja nak simpan wat kenangan. Qhaliff dan Zahra , tak sempat..

image

Alhamdulillah… nampak dah ! Baby…. wife tak kasi bagitau lagi ! Katanya takut nak beria sangat. Huhuh.. Yelah .. tunggu dia kasi lampu hijau , baru aku bagitau korang eh..

Seiring dengan tu , aku dapat email.. Ada penaja dah untuk baby ni haa ! Alhamdulillah.. murah rezeki baby ni.. Sama cam abang dan kakak dia.. Huhuhuh..

Dan sekarang , aku kena pikirkan nama untuk dia.. Mesti ada Nur , Muhammad dan Iman.. InshaAllah.. Namun di sebalik kegembiraan tu , ada juga yang perlu diberi perhatian. Wife kena senantiasa jumpa pakar.. Ada masalah skit.. Hurm..

Doakan agar dipermudahkan segala urusan kami ye.. Terima kasih !

8 komen :

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

nak taw gak jantina!!.hihi;).Semoga Allah permudahkan urusan Abg Ben sekeluarga, amin.

tifa anvar berkata... [Reply to comment]

Walau apapun jantina baby saya doakan Allah permudahkan segalanya dan ibu dan anak sihat walafiat. Ameen...

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Semoga segalanya dipermudahkan untuk ben dan isteri..tahniah lagi sekali..bakal dapat anak ketiga..alhamdulillah semoga terus murah rezeki..aamin aamin

Norma NML berkata... [Reply to comment]

Doakan yg baik2 ...InshaaAllah akan dipermudahkan buat Ben & isteri...:)

Aku Penghibur berkata... [Reply to comment]

alhamdulilah ada rezeki baby..semoga di permudahkan urusan oleh Allah

Wanie Masduki berkata... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan urusan abg ben sekeluarga..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Tak kisah apa pun jantina baik lelaki mahupun perempuan yang paling utama kesihatan kak zila dan baby...moga selamat dan dipermudahkan hingga waktunya tiba.amin.tahniah abg ben sefamily untuk third baby.

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

patutlaa macam pernah tengok je nama klinik ni..hehehe.. dekat umah je..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI