Lama dah aku nak cari makanan selera melayu yang menepati tekak aku ni ! Kalau jumpa pon mesti ada yang sedikit ‘kekurangannya’. Dan baru-baru ni , kak D’Laila ada ajak aku makan tengahari di sebuah restoran yang pernah dia menimba ilmu dalam dunia masakan ni.. Katanya restoran ni memang ok sangat la kalau mereka yang teringin nak makan masakan kampung.
Restoran Anjung Selera di Seremban 2… dekat dengan Colombia Asia Hospital atau lebih tepat lagi di Oakland Business Center.
Dari luar , restoran ni nampak biasa jer.. Tetapi bila aku hampiri jer pintu masuk.. aku tersenyum ! Banyaknya pilihan lauk pauknya ! Semuanya kelihatan menyelerakan sungguh !
Sampai aku tak tau nak amik lauk mana dulu.. Sedap sedap belaka ! Dan akhirnya aku tau camana nak buat.. Aku kena test bihun goreng dia dulu.. Kalau bihun goreng dia sedap , maka yang lain InshaAllah sedap !
Aku amik bihun… dan ! Huhuhhu.. Bihun basah gitu. Aku suka sungguh la bihun basah gini.. Tak suka kering !
Selepas selesaikan bihun , baru aku pusing tengok lauk pauk untuk makan tengahari.. Masa ni baru jam 10 lebih.. Mengikut Puan Faridah , pemilik Anjung Selera ni.. lauk makan tengahari akan siap dalam jam 11 pagi dan ketika tu ramai dah datang dan bungkus. Jam 1 tengahari , ramai dah datang dan banyak lauk sedap sedap akan selesai sudah ! Huhuhuh..
Apa saja masakan ikan keli , adalah feveret aku. Kalau sedap ikan keli ni , makaaaa… restoran ini akan aku singgah selalu.. InshaAllah.. Huhuh..
Banyak lagi makanan. Tak sampai hati lak nak letak banyak banyak gambar makanan.. Sian kat geng luar negara yang baca entri ni.. Hehehe.. Rindu nanti kat tanah air.. kan kan ?
Ok.. Bagi mereka yang nak gi ke Restoran Anjung Selera ni , mereka bukak setiap hari di awal pagi hingga petang. Malam tak bukak. Jika nak tau lebih lanjut atau nak tanya apa apa.. sila LIKE page Restoran Anjung Selera, Seremban 2. dan beralamat di No. 597, Jalan Haruan 4/8 Oakland Commercial Center, 70300, Seremban 2.
Dibuka juga untuk tempahan catering…