Hari ni g check up lagi di Klinik Pakar Wanita Azalea. Seminggu sekali gi check kat sini. Terpaksa sebab wife ada masalah skit.. maka kena pantau setiap minggu. Suka sini sebab doktor perempuan , parking mudah dan berada dekat dengan pelbagai restoran. Hehehe.. Kalau ramai orang , g makan.. Nanti staff call bila masa kita dah tiba..
Ketika sampai sini , budak budak dah tertidur dalam kereta. Maka wife turun sorang jer. Aku duduk dalam kereta. Lagi pun hujan. Hurmmm.. Kena tunggu reda dan diorang bangun.
Tak lama kemudian , Zahra bangun. Aku gi hantar Zahra ke mak dia. Dia nak tengok baby katanya.. Huhuh.. Qhaliff masih tidur. Dalam 10 minit kemudian , baru dia terjaga. Aku ajak dia turun masuk ke dalam klinik..
Sayangnya , wife dah masuk jumpa doktor dah.. Aku tak dapat nak tengok muka baby. Nak tak nak tunggu kat luar je la. Hurm.. Layan kan Qhaliff jer . Qhaliff pon boring sebab Zahra takda. Kalau Zahra ada , aku confirm jadi Hulk. Abis diorang jadikan klinik tu cam taman permainan. Budak budak.. kan ?
Wife keluar dari bilik Dr.Azimah.. Seorang doktor yang cukup lembut melayan budak budak dan juga pesakitnya. Memang boleh dibawa berunding dan tanya apa saja , InshaAllah akan dijawab dengan baik.
Aku bawa budak budak naik ke kereta dan wife uruskan bahagian dia. Seminit kemudian , dia sampai. Aku pandang dia dan bertanya apa berita terkini ?
“ Dah 37 minggu. Bila bila masa je boleh beranak. “ .
Aku tergamam ! Kenapa ??? Dalam kepala aku , projek untuk blog tengah banyak sekarang ni ! Adehhhhh… Acaner eh ? Kalau aku kena outstation , sapa nak jaga ? Kena pulak tuuuu.. dekat nak Raya Haji dah !
Hurm.. Aku rasa , aku kena dah bersara awal dari dunia blog ! Takda orang nak jaga budak budak ni.. Huhuh.. Walaupun ada yang offer , aku tak berani nak tinggal diorang ni.. maklumlah , tak pernah berpisah !
Maka.. aku jaga ketiga tiga la eh ?? Blog ? Aku.. aku.. hurm…