Masa Gegar Vaganza 1 dulu , serius aku tak beberapa berkenan dengan cara dia di GV1 tu.. diikuti dengan 2 , aku dah mula terima cara dia dan akhirnya aku paham , memang dia layak buat semua tu sebab dia bayar . Dengar cerita bukan sikit yer jumlahnya ! Bayangkan dengan ekonomi gini , dia mampu kuar duit untuk menaja rancangan yang bagi aku pada awalnya tak gempak mana pon tetapi entah camana , meletup ! Maklumlah , yang masuk dalam tu semua dah kurang kacak dan body solid molid ! Kann ! Kan kat Malaysia ni memilih rupa… hakikat !
Tapi segalanya berubah ! Rancangan Gegar Vaganza boleh dikategorikan rancangan sangat berjaya berbanding rancangan hiburan secara langsung yang lain dan rezeki Qu Puteh sebagai penaja. Malatop latop koooo !
Apa salahnya , Dato Seri Vida gunakan platform ni untuk promote produk dia sendiri.. kan kan ? Dia pon mesti nak dapatkan kembali modal tajaan dia tu. Takkan nak taja suka suka je kan..
Dikala banyak syarikat berkira kira nak menaja apa jua program atau acara di negara kita ni , DSV ni kira berani la kuar duit yang banyak untuk menaja program gini..
Cuma aku harap.. jangan program gini je dia sudi taja. Apa pun untuk DSV , anda terbaik ! Orang gini takkan pandang belakang dan kritikan orang lain.. sebab tu dia maju dan terus maju !
Kalau Astro banyak songeh , taja je tv lain.. senang citer !