Puas dah bercuti..
Selamat kembali ke sekolah ! Huhuh.. mengerikan bunyinya. Qhaliff , semalam dah bunyi dah tak nak gi sekolah. Dia kata takda kawan. Siann.... Dia ni jenis mudah merajuk. Sikit sikit merajuk ! Terlebih manja gamaknya. Hurmm.. salah mak pak gak ni. Hahaha.. Apa nak buat.. anak sulung memang selalu gitu. Tapi hari ni. Alhamdulillah... ok jer. Yang penting , tidur awal ! Kalau tak cukup tidur , memang akan meragamlah dia.
Nasib baik dia baru 6 tahun. Tahun depan baru aku lak kalut. Tapi rasanya,, , bukan aku la.. hahaha.. mak dia ! Zahra pon tahun depan dah kena gi tadika. Ke tadika abangnya atau depan umah aku je. Belum buat keputusan. Kena tengok mana yang mudah. Kalau tadika lama abang dia , boleh join si abang.. transit jap kat situ.
Dan cikgu cikgu pastinya kena lebih bertabah kali ni. Jangan cepat mengalah. Sian anak anak murid tu. Diorang tak tau apa apa. Ni masanya buktikan anda punya 'kuasa' mengubah anak murid dari tak tau apa apa ke berilmu pengetahuan serta bijak berfikir. Jangan sekadar mengajar saja. Cabaran buat anda yer. Sila cabar diri sendiri. Ikhlas bertugas kerana anda seorang guru... bukan mekanik.
Buat ibu bapa.. heee.... yang anak sulung tu , pertama kali ke sekolah pastinya akan ada adegan adegan drama jam 7 petang. Kuatkan semangat. Jangan marah anak depan pelajar lain. Malu nanti. Diorang dah bijak cuma sedikit takut dengan alam baru.
Dan suri rumah cam aku.. hehee.. sila fikirkan projek projek baru untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan memandangkan tahun ni , bakal mencabar buat semua orang. Nak tumpang duit Felda , dah abis katanya.. lagi pun tak kaitan kita. Hahahaa.. Apa apa je la eh...
Ok.. nak tidurkan Aariz. Beginilah 'kerjaya' suri rumah yang tak dapat BRIM dan bergaji tetap.