Semalam aku meeting bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( Pencegahan). Satu meeting yang cukup menarik bagi aku , sebagai orang awam. Walaupun singkat , aku telah diberitahu akan bahaya dadah yang merebak tak kira tempat termasuk di dalam sekolah. Malah Rafizi Ramli turut menyatakan mengenaiknya di dalam Facebook beliau.
Hurm... apa yang merisaukan aku ialah anak aku bakal bersekolah tahun depan. Bermakna dia akan mula terdedah dengan persekitaran yang sangat mencabar. Sebagai bapa , aku senantiasa mengawal dan juga memberi infomasi serta didikan terutama melakukan sesuatu yang dilarang dan melanggari undang undang seperti merokok , berkata yang tidak elok dan sebagainya.
Kes dadah ni , dari aku sekolah lagi dah wujud. Aku sendiri tengok bagaimana rakan rakan sebaya aku 'rosak' dek kerana dadah seperti gam , ganja dan juga heroin !
Berdasarkan statistik dan juga pengalaman hidup aku , faktor pengaruh kawan cukup bahaya ! Anak anak kita terdedah dengan rakan rakan yang negatif perangainya. Nampak baik tapi rupanya.. Fuh , menakutkan sungguh laaa...
Apakah peranan kita sebagai ibu bapa , anggota masyarakat bagi membendung masalah dadah terutama di sekolah ni ? Ingat,. bermula dadah akan merebak ke masalah sosial yang lain ! Jangan la kata anak aku baik... anak aku tak bercampur budak nakal , maka kita tak nak amik tau !
Masalah utama dadah ini ialah kita sendiri ! Jika kita sendiri anggap masalah dadah ni adalah masalah agensi penguatkuasaan seperti polis dan AADK , rasanya sampai bila bila masalah dadah ni tidak dapat diselesaikan !
Hurmm..camana nak bantu pihak penguatkuasaan untuk membasmi dadah ni ? Itu persoalannya !