2 kali aku di Jepun , aku ingin rasai sendiri bagaimana nak 'menawan' laluan keretapi. Buat pengetahuan korang , jika berjaya ' menawan laluan keretapi , maka korang mampu ke mana saja.. hanya dengan berjalan kaki ! Fuh... memang best giler ! Tapi perlu tahu , korang kena menguasai MASA juga. Jika tidak , korang akan kerugian banyak masa di Jepun. Nah... inilah bestnya di Jepun. Belajar berdisplin terhadap masa.
Melihat pada itenary yang disediakan oleh J Horizon Travel , hari berikutnya akan lebih mencabar. Mungkin ada bagi korang, ianya biasa tapi tidak bagi kami kerana hanya aku saja ada pengalaman di area Osaka ni tapi itu pun aku ikut orang! Kali ni kena merayau sendiri tanpa pengalaman mengenai subway dan juga keretapi ni.
Ada banyak tempat tempat menarik untuk dikunjungi di Osaka ni. Korang kena tau ke mana nak pergi , dan dengan apa nak naik. Di laman web rasmi Kintetsu, ada cadangan lokasi lokasi menarik untuk dilawati.
Oh ya.. perlu tahu yang percutian kitorang kali ni bukan ala Backpackers. Sememangnya menumpukan pada mereka yang ingin bercuti di tempat tempat yang mewah dan selesa di bahagian penginapan. Seperti mereka yang nak berbulan madu dengan bergaya... atau mereka yang ada duit dan ingin mencari hotel yang selesa dan menarik , nah... J Horizon Travel mampu membantu !
Aku cerita dulu mengenai pengangkutan eh..
Aku cerita dulu mengenai pengangkutan eh..
Pengangkutan Pilihan, Kintetsu Railway
Untuk bergerak ke sana sini dengan menggunakan keretapi , kami memilih Kintetsu Line. Buat masa ni , Kintetsu Line memberikan tawaran menarik pembelian pakej melalui online. Tak kira la samada laluan tempatan mahupun express.
Rugi tau tak amik peluang beli murah. Maklummlah , duit kita rendah berbanding Yen. Bila jumpa yang ada tawarkan diskaun , beli jer.. kan kan ? Menariknya , ada pilihan untuk pass menaiki bas juga. Haa... aku dan team dah pun cuba guna bas. Berbaloi !
Laluan tempatan memberikan laluan yang strategik ke lokasi lokasi menarik untuk dikunjungi manakala express pula memfokuskan pada keselesaan di dalam keretapi untuk perjalanan yang mengambil masa yang lama.. Sebagai contohnya ketika menuju ke Kyoto dari Kashikojima yang mengambil masa lebih dari 2 jam , kami menggunakan Premium Express Shimakaze. Beli secara online di Malaysia sebelum harinya dan print tiketnya di station keretapi kemudian. Dapat la harga murah.
Perlu difahami.. jika nak naik Premium Express Shimakaze , korang kena ada tiket tambahan selain dari Kintetsu Rail Pass. Katakan korang berada di Osaka dan nak ke Kashikojima, korang kena ada pass masuk ke dalam laluan Kintetsu dan untuk menaiki Premium Express Shimakaze, korang kena ada tiket untuk naik keretapi tu. Haa.. Kalau tak nak naik yang tu , tak perlu dah beli tiket lain. Memadai dengan pass masuk tu jer. Faham ? Haaa.. senang je kan ?
Perlu difahami.. jika nak naik Premium Express Shimakaze , korang kena ada tiket tambahan selain dari Kintetsu Rail Pass. Katakan korang berada di Osaka dan nak ke Kashikojima, korang kena ada pass masuk ke dalam laluan Kintetsu dan untuk menaiki Premium Express Shimakaze, korang kena ada tiket untuk naik keretapi tu. Haa.. Kalau tak nak naik yang tu , tak perlu dah beli tiket lain. Memadai dengan pass masuk tu jer. Faham ? Haaa.. senang je kan ?
Pengangkutan keretapi di Kashikojima
Shimakaze Premium Express - Keretapi mewah
Amacam ? Best kan ? Memang mencabar guna keretapi sehinggakan secara jujur aku cakap.. aku naik teksi di sana rasa cam nak muntah. Lebih selesa guna keretapi. Huhuhuh..
Tempahan tiket di https://www.ticket.kintetsu.co.jp/vs/en/e-ticket/