Ok.. mula mula Tree Top Walk Sungai Sedim. Terletak di kawasan hutan simpan Kulim Kedah yang menghubungkan Kulim dan Baling ! Ianya pasti menyeronokkan bagi mereka yang mencintai flora dan fauna. Jika ada tourist guide, mereka akan terangkan mengenai pokok pokok serta hidupan yang akan berada di depan mata ketika melalui laluan menerusi kanopi sepanjang 1.5km ini. Andai bernasib baik , korang akan jumpa la dengan binatang binatang di dalam hutan tu. Oh ya , ketinggian kanopi ini ialah 36 meter dari atas tanah.
Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini selain dari berjalan menikmati keindahan alam. Antaranya water rafting , paintball, team building , jungle trekking , water tubing. perkhemahan, abseiling , natural walk , night walk dan banyak lagi
Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini selain dari berjalan menikmati keindahan alam. Antaranya water rafting , paintball, team building , jungle trekking , water tubing. perkhemahan, abseiling , natural walk , night walk dan banyak lagi
Antara yang menarik boleh diperhatikan sepanjang laluan Tree Top Walk ini ialah , berbagai jenis pokok hutan (pokok balak) yang diletak tanda nama , pokok-pokok tumpang yang mempunyai cerita menariknya tersendiri , pokok rotan, buluh, orkid liar dan lain-lain. Korang juga turut boleh melihat sendiri pelbagai jenis rama-rama. pelbagai spesis burung ,unggas dan serangga. Terdapat ular dan katak. Harga tiket untuk memasuki Tree Top Walk ialah RM10 untuk orang dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.
Aktiviti yang sempat aku sertai ialah water rafting. Sejujurnya , aku cuak tapi aku beranikan diri juga. Tak cuba, tak tau kan ? Hehehe.. Dan inilah juga pengalaman aku bagaimana bot kitorang bocor. Teknik menyelamatkan diri ketika ini berguna sewaktu awal awal diajar ! Haa.. Sebab tu sebelum nak naik meredah sungai tu , kena buat water confident ! Maka , takda la nak cuak bila bot tu mula kehilangan angin dan mula nak karam ! Hahahaha..
Karam di lautan sepi ! Hahaha.. Best !
Bagi yang nak menginap di sini , ada chalet dan juga resort disediakan. Info lanjut di ...
Web : http://treetopwalk.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/TreeTopWalkSgSedim/
Instagram : https://www.instagram.com/treetopwalksgsedim/
Email : hello@treetopwalk.com.my
Phone : 6 04 4901588
SMS/Whatsapp: 6 019 4501588