Bawa keluarga bercuti singkat , dekat tapi puashati ! Malas nak harungi kesesakkan lalu lintas tapi pada masa yang sama , nak ada tempat makan yang menarik dan pelbagai pilihan. Atau ada urusan kesihatan di IJN , Hospital Kuala Lumpur , nak membeli belah sekitar Kuala Lumpur tanpa memandu kereta ? Nak lagi best.. pakej dengan permandangan menarik tanpa kira masa ?
Nah... aku kasi pilihan menarik ! Legasi Kg. Baru. Unit AirBnb yang aku pilih ni , sangat puashati. Bersih sudah pasti. Mudah nak akses samada menggunakan kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam. . Tahap keselamatan pun bagus. Nak cari makan sedap sedap ? Lokasi pun sudah di Kampung Baru ! Bersepah tempat menarik untuk di makan. Nak best sikit... jalan kaki 30 saat jer ! Dan sampai LRT Stesen Kg Baru !!! Giler dekat ! Ke KLCC cuma satu stesen je. Kalau suka berjalan , nah... gunakan je Saloma Bridge. Dalam 15 minit je jalan kaki.
Tempat letak kereta khas untuk sebuah kereta diberikan di tingkat 2. Bukan bawah tanah yer. Kalau hujan lebat , tak perlu risau banjir. Keselamatan terjamin. Nak akses lif , kena guna kad keselamatan. Tingkat 40 rumahnya.
Untuk anak anak... pastinya dengan kolam renang infiniti yang cukup menawan. Bersih airnya , lantai kolam pun terjaga dan permandangan superb ! Sebelah malam , boleh bawak diorang turun bergambar di Saloma Bridge. Lokasi wajib bagi pelancong bila ke Kuala Lumpur. Ada mini gym taman permainan untuk mereka bermain.
Ada 3 bilik tidur berhawa dingin , 2 bilik air , dapur untuk memasak , free wifi , Netflix , Disney Hostar dan bantal serta tilam yang cukup empuk ala ala hotel 5 bintang untuk beristirehat setelah penat berjalan !
Aku sekeluarga ke sini semata mata untuk berehat dan juga menyambut harijadi Aariz yang ke 6. Ringkas ringkas je tapi anak anak suka.
Oh ya.. Jangan lupa bawa Halia #1 bila gi bercuti. Elak kembung perut gitu. Maklumlah, makan macam macam. Heee..
Untuk buat tempahan : airbnb.com/h/stunningview40