6 tips elak ketiak berbau dari RAPI

by - Jumaat, Ogos 13, 2010


Hehe... bau ? masam ? tengit ? masin ? eh ... masin ? mana tau tu ? aku tak pernah tau lak ketiak masin .. hahaha.. lom rasa lagi .. Ok ok... ari tu aku ada tips untuk mekap .. skang untuk ketiak lak... hehe.. ops...tips ni bukan aku punya tapi dari MAJALAH RAPI untuk bulan OGOS/2010 ..

6 tips tersebut ialah ;

1 . sewaktu mandi , pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh .Kemudian , pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian bawah lengan anda. ini kerana rerambut yg dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh .

3. elakkan dari memakai pakaian yg ketat di bahagian bawah lengan. keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya. kesannya , kulit akan berpeluuh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk pada tubuh.

4. jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda .memang ia akan berbau harum tapi itu hanyalah seketika. kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan .

5. pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu dibahagian bawah lengan setelah mandi. ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Sekian.. terima kasih RAPI ... nanti aku bagi tips 7 cara cukuran lak ek..

You May Also Like

1 comments

  1. Ben...
    Salam singgah sini..
    apa kata kita pekena
    murtabak mengkasar?

    BalasPadam