Apa yg bagus sangat tempat tu ??

by - Jumaat, Ogos 27, 2010


Ada sorang kawan bertanya pada aku tentang kesedapan sebuah restoran mamak yg terletak berhampiran dengan rumah kitorang ..

Dia tanya pada aku , apa yg bagus sangat kedai tu sampaikan aku syor pada dia untuk bersahur / berbuka di sana ? Aku jawab dengan mudah ... Yang pertama , aku dah makan kat situ .. Kedua , kalau tak sedap , masakan ada orang duk senantiasa keluar masuk makan kat situ walaupun sampai ke tengah malam ? Ketiga , Kalau kata takde pilihan makanan , kedai sebelah atau ada restoran berhampiran , namun kedai mamak tu gak jadi sasaran .. Keempat , kena pergi tengok sendiri dari asyik bertanya sedangkan kedai tu sekangkang kera je dari rumah ..

Kadang kadang orang kita gemar bertanya dari membuat kajian .. Suka dapatkan jawapan dari mulut orang dari melihat dengan mata kepala sendiri .. Maka jawapan dari mulut orang itulah yg dibuat kesimpulan ... Sepatutnya , mulut ditambah dengan mata , ditambahkan lagi dengan risikan barulah boleh dibuat jawapan ..

Atau sebenarnya orang kita ni lebih tertarik dengan promosi .. kena ada promosi kaw kaw punya pastu siap bagi hadiah , ganjaran pada pengunjung ..barulah orang berpusu pusu .. Sbb ada menda free .. Tak kisah la kan .. semua tu strategi .. tak salah pun .. semua tu perancangan masing masing ...

Tak pelik sebenarnya .. kita mmg gemarkan dengar cakap cakap mulut seperti gossing , ngumpatan sana sini dari melihat dengan mata kepala sendiri ... Sbb tu majalah majalah hiburan , rancangan gossip di tv menjadi rancangan no 1 orang kita ni ...


BA : dengar , google terus ...

You May Also Like

3 comments

  1. setuju bab kena merasai sendiri baru tepat dalam membuat penilaian sesuatu

    BalasPadam
  2. "Kadang kadang orang kita gemar bertanya dari membuat kajian .. Suka dapatkan jawapan dari mulut orang dari melihat dengan mata kepala sendiri .. Maka jawapan dari mulut orang itulah yg dibuat kesimpulan ... Sepatutnya , mulut ditambah dengan mata , ditambahkan lagi dengan risikan barulah boleh dibuat jawapan .."

    Hahahaha.. betul2..apa2 pertanyaan,kena search google dulu kan?..hihi..btul x?jgn marah aa Cikgu Ben..:))

    BalasPadam
  3. betul tu .... belum try dh kata tak bagus, belum pergi dh kata tak menarik ....

    BalasPadam