Ayah aku ...

by - Selasa, Ogos 24, 2010

Aku tak perlu tunggu HARI BAPA untuk meluahkan perasaan aku yang aku sangat sangat menyayanginya walaupun aku tak pernah mengucapkan padanya ... Tapi aku yakin , dia tahu yang aku sangat sayangkan dia ..

3 hari ni , aku hidup membujang.. dengan wife ke sabah sebab kerja maka aku amik kesempatan tu untuk pulang ke Cheras .. Puncanya , aku nak habiskan masa dengan ayah aku .. aku tak tau la kenapa aku rasa sedih sangat bila tengok wajah dia .. Nak mengalir air mata tapi aku tahankan ..

Terimbau saat aku 'menyusahkan' dia sewaktu kecil .. mintak itu ini .. dia berusaha mendapatkannya kerana dia tak nak mengecewakan aku .. Aku tak pernah pinta mainan ... aku tak pernah minta sesuatu yang amat mahal kerana aku tau , mmg sukar baginya untuk memenuhi permintaan tersebut .. Kerana aku tau , dia ada 4 orang anakJustify Full perlu di suap.. perlukah aku mementingkan diri ??

Masih aku ingat , bagaimana dia terpaksa ke pejabat untuk meminjam duit dari rakannya hanya kerana aku inginkan sepasang kasut bola yang nilainya beratus ringgit ( tahun 80an ) .. Aku tak sangka dia sanggup pinjam dari kawannya .. Waktu tu , aku tak tau apa apa lagi tapi bila aku kenangkan semula saat itu , barulah aku sedar .. Haih ... kalaulah aku tahu .. aku takkan mintak semua tu .. aku rela lagi guna kasut murah ..

Kamera DSLR aku tu... sebenarnya ada sebab aku membelinya ... Ayah aku seorang peminat kamera .. dia cukup sayangkan kamera SLR NIKON dia yang dia beli beribu ringgit di tahun 70an .. Sbb tu aku membelinya .. aku nak berkongsi dengan dia .. Aku tau dia segan nak menyentuhnya sebab bukan haknya .. Sikap tu , turun pada aku.. aku takkan sentuh hak orang .. Jika nak , aku akan beli sendiri .. Setiap kali aku berikan padanya sambil menunjukkan fungsi , aku rasa terharu... sekurangnya aku membuatnya rasa layani .. walaupun aku dah mampu miliki harta aku sendiri namun aku tetap akan berkongsi perasaan itu dgn dia ..

Bila dia tidur , aku pasti masuk ke bilik orang tua aku .. kalau dia seolah susah nak tidur .. aku akan picit kaki kakinya .. Kalau dulu , aku adalah sasaran dia .. suruh pijak kaki dia .. lenguh katanya .. Maunya tak lengoh ? siang bawak bas sekolah .. malam bawak teksi ! Semata mata cari duit untuk anak dia belajar ! ( bas sekolah , perniagaan keluarga )

Dulu aku cukup suka melawan kata dia .. bukan apa , ayah aku tu manjakan anak perempuan dia .. kadang kadang aku rasa terpinggir .. apa yang aku nak , takkan dapat ... Bayangkan zaman aku , kawan kawan baya aku ada basikal BMX .. aku ? hanya mampu tengok jer ... aku pernah mintak pada ayah aku .. jgn mimpilah .. akhirnya aku cari basikal tua yang dh rosak yang kebetulan baru dibuang seseorang di tong sampah lalu dibaiki dan akhirnya aku ada basikal aku sendiri ..

Mainan ? Jgn mimpi laa.... Semua mainan , akan aku cipta sendiri .. dari papan dam , pinball .. dart dan senapang kayu .. dan banyak lagi .. Aku rasa , aku dapat kemahiran tu dari ayah aku.. dia sangat pandai bertukang .. segalanya dia buat sendiri ..

Oh ya .. lupa... hehe.. permintaan aku yang sering ayah aku tunaikan ialah .. BUKU .. kalau aku mintak buku , dia pasti akan belikan ... dia tau aku giler baca buku sampai lewat malam .. sampai guna torch light la .. tu pasal rabun .. yang lain , dia susah nak belikan ...

Pengorbanan ayah aku ... takkan aku dapat balas , walaupun aku berkhidmat menjaganya seumur hidup aku ... hurmm...

You May Also Like

7 comments

  1. ben kena baca entry aku jumpa dngn arwah ak ni ben

    BalasPadam
  2. Ben pergi jumpa ayah dan cerita semua yang ada dalam hati Ben. ayah saya tentera laut. Jadi dia didik saya cara tentera. Garang, tegas dan tinggi egonya. Sampai satu saat, saya sedar yang saya tak pernah ucap kata sayang pada dia. Dan kesedaran itu timbul pada hari kedua terakhir saya dapat bersama dengannya. Syukur sempat beritahu tentang betapa sayangnya saya pada dia dan kenangan silam saya dan dia. Walau hanya sekali seumur hidup saya!

    BalasPadam
  3. huhu..touching la pulak tiba2 baca n3 ben ni.. :(

    BalasPadam
  4. aduhaii..touching!rindunya kat ayahhh..ermmm..

    BalasPadam
  5. touchingnya bila dibaca..buatkn sy bertambah rindu pada arwah Abah sy.. :(

    BalasPadam