Satu penganiayaan dan sangat kurang ajar terhadap umat Islam !

by - Selasa, Ogos 31, 2010

Aku harap tindakan bukan sekadar denda sahaja .. Bukankah ini satu penghinaan secara halus ? Setelah berpuasa maka umat Islam pastinya akan berbuka dengan menikmati makanan yang halal namun mereka sengaja meletakkan bahan yang diharamkan ke dalam juadah berbuka puasa !! Dan mereka kata ini bufet Ramadhan ??? Helooooooooooo ... apa kejadahnya ni ??? Kalau tak de kaitan dengan juadah berbuka , lain cerita !! Ni dikaitkan dengan berbuka puasa !! Aku harap mereka semua ini di denda dan dipenjara kerana menghina umat Islam !


Juadah berbuka campur wain

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.


Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.


Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.


Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.


“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.


“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.


Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.


“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.


“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.

sumber : HMETRO


Mangkuk Berayun punya restoran !


You May Also Like

11 comments

  1. baru-baru ni ada berbuka kat subang gak..
    harap2 bukan restoran tu la..

    BalasPadam
  2. memang kuangg ajaaaaa kedai ne.!!!

    BalasPadam
  3. nak tunggu bagaimana kesudahan cerita tersebut....

    BalasPadam
  4. lebih selamat makan di rumah aje..;D

    BalasPadam
  5. isu2 macam nie patutnyer dapat perhatian pihak yg berkenaan, bukannyer isu2 yg dok heboh kat paper skrg

    BalasPadam
  6. doa2 org teraniaya akan dimakbulkan ALLAH ;)

    BalasPadam
  7. Salam,
    Dulu, saya yakin untuk makan di mana-mana kedai terpilih bila hidup di Malaysia. Sekarang, saya rasa tak berapa nak yakin sangat walaupun makan di foodcourt. Benda-benda macam ni lah yang buatkan masyarakat kita kian punah. Darah sudah tercemar tanpa kita sedarpun.

    Mmmmm sesekali bila sdr Ben naik angin, nampak jugak pongoh nye tu ;)

    BalasPadam
  8. ada yang tak kisah bab halal haram janji vogue....itu masalahnya
    cakap lebih lebih kita dicop kolot..i rela jadi kolot

    BalasPadam
  9. astaghfirullah,mntk2 dijauhkn.kedai2 mkn ni kite kne tgk2 gk wlupon ade tande halal,huhu.in this case,kalu xde masuk arak pon, tukang msk die non-muslim pon problem gk.dorg bknnye tau pon halal haram dari segi perspektif kite,huhu.

    BalasPadam
  10. bayar mahal2 dapat makanan haram. nasib aku suka makan kat umah jek.

    BalasPadam