Lelaki kulit gelap lebih seksi ??

by - Ahad, Ogos 29, 2010

Pagi ni aku nak taip " menurut RAPI ( bil 147 ) sebabnya aku dok membaca majalah tu dari tadi .. hehe... maka banyak la info yg aku jumpa dan nak berkongsi dengan pembaca .. En. RAPI , tak nak amik saya jadi wakil khas di blog ke ?? Hahaha.. guwau jer...

Menurut satu info di ruangan KESIHATAN LELAKI , warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya , citrarasa wanita dan lelaki terbukti berbeza - lelaki sukakan wanita berkulit cerah , manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian , perawan , baik , budi pekerti mulia dan lemah. Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri ,rakut , bahaya serta ada tarikan seks .

Akhbar Daily Mail melaporkan , ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Uni Toronto , Kanada , yg merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan , mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah dan berambut perang yg dianggap paling menawan . Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik .

" Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan , tetapi hakikat . Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosiol . Boleh dikatakan , apa yg dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta ." kata Dr. Shyon Baumann , ahli sosiologi yg terbabit dalam kajian itu.

BA: tengok cermin sat ... sawo matang rupanya aku .. adakah aku .. ??

You May Also Like

0 comments